Selaras dengan penubuhan SPRM, lima mekanisme tanggungjawab telah diwujudkan yang bertindak sebagai check and balance terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya.
Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JA) dibuat melalui peruntukan undang-undang. Manakala pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibuat secara pentadbiran.
Kelima-lima badan khas ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. Mekanisme ini akan dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipan undang-undang yang telah ditetapkan. Persepsi yang positif terhadap kewibawaan SPRM dan Kerajaan akan memudahkan usaha meraih sokongan dan kerjasama masyarakat dalam membanteras jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
Ahli-ahli badan bebas ini mewakili orang awam yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik (kerajaan dan pembangkang), golongan profesional dari kalangan ahli perniagaan dan sektor korporat, ahli akademik, peguam dan individu-individu yang disegani.
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
Ahli-ahli JKMR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti pemerintah dan pembangkang. Peruntukan seksyen tersebut juga menetapkan tidak ada seorang pun Anggota Pentadbiran boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas ini.
Terma Rujukan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
- Untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
- Untuk memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya;
- Untuk memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tentang perjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsinya di bawah Akta SPRM 2009;
-
Untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.
Keanggotaan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
**Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang baharu belum dilantik.
Aras 20, Blok C, Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya. E-mel: sekretariat.jkmr@sprm.gov.my
Tel: +603-8870 0124/Ps Jamaluddin bin Sarip
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) diwujudkan mengikut seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Ahli-ahli LPPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan orang yang berintegriti dan telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam profesion masing-masing.
Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 13(1)(b) Akta tersebut.
Terma Rujukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
- Untuk menasihati Suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
- Untuk menasihati Suruhanjaya tentang dasar dan strategi Suruhanjaya dalam usahanya untuk membanteras rasuah;
- Untuk menerima, meneliti dan mengedorskan cadangan daripada Suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan Suruhanjaya;
- Untuk meneliti dan mengedorskan keperluan sumber Suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya;
- Untuk meneliti laporan tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawantankuasa Khas Mengenai Rasuah; dan
- Untuk mengemukakan ulasannya tentang perjalanan oleh Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah.
Keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)
- YBhg. Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi)
- YBhg. Tan Sri Ismail Omar
- YBhg. Datuk Seri Azman Ujang
- YBhg. Datuk Seri Akhbar Satar
- YBhg. Datuk Dr. Hamzah Kassim
- YBhg. Datuk David Chua Kok Tee
- YBhg. Professor Madya Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff
Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
Aras 20, Blok C, Ibu Pejabat SPRM,No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel:sect_lppr@sprm.gov.my
Tel: 03-8870 0715 / PPj Nor Azlizawati binti Mat Lazim
Jawatankuasa Aduan
Jawatankuasa ini dibentuk secara perundangan mengikut seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan pelantikan mereka dibuat oleh Menteri.
Terma Rujukan Jawatankuasa Aduan
- Meneliti aduan dan tindakan atau hasil siasatan terhadap aduan serta memberi pandangan mengenai keputusan siasatan;
- Meneliti jenis kesalahan yang dilakukan oleh Pegawai SPRM dan mencadangkan langkah-langkah meningkatkan kecekapan dan kebolehan pegawai melaksanakan tugas (melalui latihan dan sebagainya);
- Menerima dan mengambil maklum keputusan tatatertib serta mencadangkan langkah-langkah pencegahan; dan
- Membuat semakan terhadap tatacara kerja dan memperakukan penambahbaikan meliputi prosedur kerja dan keperluan logistik.
- YBhg. Dato' Ahmad bin Said (Pengerusi)
- YBhg. Datuk Muhammad Hatta bin Ab. Aziz
- Puan Hjh. Rohani bin Kadir
- YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah
- YBhg. Dato' (Dr) Asariah binti Mior Shaharuddin
Sekretariat Jawatankuasa Aduan
Aras 13, Blok A, Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel: sekretariat.ja@sprm.gov.my
Tel: +603-8891 1784 / Ps Norsimah binti Abdul Ghani
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) juga diwujudkan secara pentadbiran dan dianggotai oleh individu yang dilantik oleh Perdana Menteri mewakili pelbagai kumpulan masyarakat seperti ahli akademik, dewan perniagaan, pakar media, aktivis sosial dan pertubuhan yang diyakini dapat membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat yang membenci rasuah di pelbagai sektor.
Terma Rujukan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
- Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemeriksaan dan perundingan terhadap amalan, sistem dan tatacara kerja di sektor awam dan swasta yang membuka ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah;
- Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pendidikan masyarakat ke arah meningkatkan kesedaran tentang jenayah rasuah dan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah;
- Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pencegahan rasuah melalui mekanisme pengukuhan integriti dalam sektor awam dan sektor swasta;
- Menasihati Suruhanjaya tentang amalan-amalan baik (best practices) dalam bidang-bidang yang berkaitan dalam pelaksanaan aktiviti perundingan dan pencegahan rasuah;
- Membantu Suruhanjaya sebagai key communicator dalam meraih sokongan masyarakat, pihak media dan sektor-sektor yang dikenal pasti terhadap usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya; dan
- Mengemukakan ulasannya tentang penjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsi perundingan dan pencegahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.
Keanggotaan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
Keanggotaan PPPR bagi sesi 1 Jun 2020 – 31 Mei 2022 adalah seperti berikut:
- YBhg. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi)
- YBhg. Dato' Manja Ismail
- YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
- YBrs. Prof. Dr. Edmund Terence Eric Boniface Gomez
- YBhg. Dato' Chamil Wariya
- YBhg. Datuk Freddie Fernandez
- YBrs. Saudara Jufitri Joha
- YBhg. Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail
- YBrs. Cik Norita Che Ali
- YBhg. Dato' Nadzim Johan
- YBhg. Datuk Md Yusof Md Aslam
- YBhg. Dato' Baljit Singh Sidhu
Sekretariat Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
Aras 12, Blok B, Ibu Pejabat SPRM,No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel: sekretariat.pppr@sprm.gov.my
Tel: +603-8891 1414 / KPKPj Mohamad Tarmize bin Abdul Manaf
Panel Penilaian Operasi
Panel Penilaian Operasi (PPO) diwujudkan secara pentadbiran dan ahli-ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional yang bersesuaian serta individu yang berupaya memperlihatkan ketelusan dan kebebasan tindakan oleh Suruhanjaya.
PPO adalah mekanisme ‘check and balance’ terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup.
PPO juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuashati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh SPRM.
Terma Rujukan Panel Penilaian Operasi
- Menerima dan mendapatkan penjelasan berhubung perangkaan Kertas Siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya;
- Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang mana tempoh siasatan melebihi tempoh 12 bulan;
- Menerima laporan daripada Suruhanjaya berhubung semua kes di mana Orang Yang Ditangkap yang dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya melebihi 6 bulan;
- Menerima laporan Kertas Siasatan Suruhanjaya yang telah berkeputusan untuk dihentikan siasatan dan memberi pandangan:
- untuk penambahbaikan siasatan atas sebab kelemahan siasatan;
- untuk menyemak semula sekiranya siasatan tersebut memerlukan siasatan lanjut; dan
- Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya.
Keanggotaan Panel Penilaian Operasi
Keanggotaan PPO bagi sesi 1 April 2020 – 30 Mei 2022 adalah seperti berikut:- YBhg. Dato' Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)
- YBhg. Dato' Abdul Manap Dim
- YBhg. Dato' Mohd Faudzi Hj. Che Mat
- YBhg. Dato' Azimah Abdul Hamid
- YBrs. Dr. Hj. Mazlan Haji Ahmad
Sekretariat Panel Penilaian Operasi
Aras 17, Blok C, Ibu Pejabat SPRM,No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel: allppo@sprm.gov.my
Tel: +603-8870 0229 / PKPs Noor Zaini binti Zakaria
Faks: +603-8870 0909