TELEKOM MALAYSIA BERHAD

 

Usaha Telekom Malaysia (TM) mengambil kira etika dan pencegahan rasuah dalam cara syarikat ini menjalankan urus niaganya, adalah sebab utama ia terpilih sebagai organisasi contoh.

TM pernah terlibat dalam kes penting yang berkaitan dengan kes Lucent-Alcatel di mana terdapat amalan rasuah dalam cara mendapatkan bisnes. Walau bagaimanapun, selepas menghadapi cabaran dalam bentuk pemeriksaan yang teliti, kemungkinan pemecatan dan dikenakan pertuduhan, syarikat telah mengambil langkah-langkah strategik untuk memastikan bahawa pencegahan rasuah dijadikan salah satu agenda korporat mereka. Komitment dari pihak atasan amat jelas dan nyata dalam inisiatif serta langkah-langkah pencegahan rasuah yang telah dilaksanakan. Perubahan dan inisiatif semasa yang dilaksanakan menjadi tauladan kepada syarikat-syarikat lain. Antara langkah-langkah pencegahan rasuah yang telah dilaksanakan termasuk:

 

1) Tandatangan Ikrar Integriti Korporat (Corporate Integrity Pledge)

2) Melaporkan inisiatif pencegahan rasuah dalam laporan tahunan

  • Percanggahan kepentingan dan pihak urus niaga yang berkaitan 
  • Perdagangan maklumat dalaman
  • Kod etika urus niaga
  • Integrity Pact
  • Proses pengisytiharan kegiatan perolehan seluruh syarikat 
  • Pembida projek diwajibkan menandatangani perjanjian agar tidak terlibat dalam kegiatan rasuah 
  • Polisi Pemberi Maklumat
  • Struktur Pematuhan

3) Panduan Pencegahan Rasuah TM

  • Panduan ini turut merangkumi cara urus niaga dengan pihak ketiga, hadiah, keraian, sumbangan politik, penajaan dan sumbangan, kegiatan perolehan, pengambilan pekerja, penyimpanan rekod, memberi maklumat, tahap risiko jenayah yang rendah.

 

DOCUMENTS

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
39
Semalam
47
Minggu Ini
86
Bulan Ini
926

Keseluruhan
3429091