bintang 14 bucu Bintang (14 Bucu)

Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi. 

emas Emas

Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu negara yang bebas rasuah. 

bulan sabit Bulan Sabit

Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini. Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah.

kuningKuning

Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat dan bangsa.

kerisKeris Bersilang

Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah, sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan.

biruBiru

Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah melalui program penerangan, pendidikan dan perhubungan masyarakat.

perisaiPerisai

Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

hitamHitam

Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh.

bunga padiBunga Padi

Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa prasangka dengan amanah, tegas dan adil.

kelabuKelabu Gelap

Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah tanpa campur tangan mana-mana pihak.

harimauHarimau

Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan.

merahMerah

Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau terpaksa menumpahkan darah.

jalur putih merah14 Jalur Putih dan Merah

Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh negeri di Malaysia.

putihPutih

Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

tulisan jawiTulisan Jawi

Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.

 

 

Muat Turun Logo SPRM

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
53
Minggu Ini
171
Bulan Ini
580

Keseluruhan
3430203