TKPj Dato' Shamshun Baharin bin Mohd Jamil
Tel: 03-8870 0007
e-mel: cio[@]sprm[dot]gov[dot]my
 

Biografi

Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil telah berkhidmat selama 34 tahun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mana sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Beliau dilahirkan pada 02 September 1961 di Tg. Tualang, Perak.

Dato’ Shamshun Baharin merupakan anak bongsu daripada 10 adik beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Nik Asmat binti Nik Hussin dan Datin Norsimah binti Abd Ghani serta dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Dato’ Shamshun Baharin mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit Perak dan Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh Perak. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dengan Kepujian dengan pengkhususan dalam bidang Pengajian Melayu, pada tahun 1984. Beliau juga telah menyambung pengajian peringkat Sarjana di University of Colorado at Denver, United States dalam bidang Master of Criminal Justice, pada tahun 1997.

Sepanjang tempoh perkhidmatan selama 34 tahun bersama Badan Pencegah Rasuah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia beliau telah berkidmat di pelbagai Cawangan, Bahagian dan Negeri termasuk di Kuala Lumpur, Kelantan dan Perak.

Kronologi Perkhidmatan

  • Mula memasuki Perkhidmatan Pegawai Siasatan Badan Pencegah Rasuah pada tahun 1984 dan ditempatkan di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah KL;
  • 1987 ditempatkan di Badan Pencegah Rasuah Kelantan;
  • 1991 ditempatkan di Badan Pencegah Rasuah Perak;
  • 1996 ditempatkan di Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah;
  • 1998 ditempatkan di Bahagian Perancangan dan Kordinasi Dasar, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Malaysia;
  • 2002 ditempatkan di Akademi Bahagian Latihan Jalan Duta, Kuala Lumpur;
  • 2003 ditempatkan di Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah sebagai Ketua Cawangan Pendaftaran Rahsia;
  • 2006 ditempatkan di Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah sebagai Pengarah Bahagian;
  • 2008 ditempatkan di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah sebagai Pengarah Bahagian;
  • 2008 ditempatkan di Bahagian Keutuhan Pengurusan, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah sebagai Pengarah Bahagian;
  • 2010 ditempatkan di Bahagian Pendaftaran Rahsia, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai Pengarah Bahagian;
  • 2010 ditempatkan di Bahagian Perisikan, Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai Pengarah Bahagian;
  • 2012 ditempatkan di Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai Pengarah Bahagian;
  • 2016 telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) sehingga kini.

Anugerah / Pingat

  • Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (2011)
  • Ahli Mahkota Perak (2005)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BPR (1988)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BPR (1998)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BPR (2003)

Sumbangan

Di dalam menjalankan tugas-tugas pembanterasan rasuah Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil juga telah menyumbang khidmat bakti dalam kegiatan yang di luar tugas rasmi beliau diantaranya:-

  • Setiausaha Kelab Sukan BPR 1998-2001;
  • Pengerusi Kelab Sukan BPR 2001-2007;
  • Jawatankuasa Integriti FAM;
  • Ketua Pegawai Maklumat SPRM;
  • Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Berhad;
  • Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Jubli Emas Sambutan Ulangtahun ke 50- BPR/SPRM;
  • Ahli Lembaga Penasihat Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
  • Pengerusi Jawatankuasa Teknikal TC/01 Anti Bribery Management System (ABMS) MS 37001;
  • Ex- Officio Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
50
Minggu Ini
207
Bulan Ini
1091

Keseluruhan
3424720