Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) bertanggungjawab memupuk dan menggalakkan integriti serta mengawalselia dan menyelaras pengurusan integriti, governans dan antirasuah melalui mekanisme yang diwujudkan di sektor awam dan swasta.

Visi

Untuk menjadi pusat rujukan utama pengurusan integriti di Malaysia.

Misi

  • Kami adalah satu-satunya entiti yang diberi mandat oleh Kerajaan untuk memupuk dan meningkatkan integriti di sektor awam dan swasta.
  • Kami menggalakkan budaya integriti, pengukuhan governans dan antirasuah bagi memastikan Malaysia dikenali kerana integriti bukannya rasuah.

Objektif

Membudayakan integriti di sektor awam dan swasta secara berterusan.

Sebagai makluman Unit Integriti (UI) ini dikehendaki untuk melaksanakan 6 fungsi teras sebagaimana di dalam Pekeliling Bil.6/2013 iaitu:

  1. Tadbir Urus
  2. Pengukuhan Integriti
  3. Pengesanan dan Pengesahan
  4. Pengurusan Aduan
  5. Pematuhan
  6. Tatatertib

Tujuan UI ditubuhkan adalah untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotism. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

 

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah   03-8870 0043 t1
 2. KPkPs Zulkefly bin Aziz
 03-8891 1679 zulkefly.aziz