Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) ditubuhkan untuk mengawal selia, memantau dan menyelaras fungsi teras Unit Integriti di agensi awam dan Unit Integriti dan Governans di Syarikat berkaitan Kerajaan sepertimana yang digariskan dalam pekeliling dan arahan yang berkaitan.

Visi

Untuk menjadi pusat rujukan utama pengurusan integriti di Malaysia.

Misi

  • Kami adalah satu-satunya entiti yang diberi mandat oleh Kerajaan untuk memupuk dan meningkatkan integriti di sektor awam dan swasta.
  • Kami menggalakkan budaya integriti, pengukuhan governans dan antirasuah bagi memastikan Malaysia dikenali kerana integriti bukannya rasuah.

Objektif

Membudayakan integriti di sektor awam dan swasta secara berterusan.

Sebagai makluman Unit Integriti (UI) ini dikehendaki untuk melaksanakan 6 fungsi teras sebagaimana di dalam Pekeliling Bil.6/2013 iaitu:

  1. Tadbir Urus
  2. Pengukuhan Integriti
  3. Pengesanan dan Pengesahan
  4. Pengurusan Aduan
  5. Pematuhan
  6. Tatatertib

Tujuan Unit Integriti ditubuhkan adalah untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotism. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

BPIA STRUKTUR TERKINI BM 

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah   03-8870 0043 t1
 2. PkPs Mohd Shaufi Bin Shaharuddin  03-8891 1646 shaufi
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
54
Minggu Ini
76
Bulan Ini
1427

Keseluruhan
3444737