Bahagian AML (Pencegahan Pengubahan Wang Haram) - Bahagian yang bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Bahagian ini dibahagikan kepada 4 Cawangan utama iaitu Cawangan AMLA, Cawangan Sasaran Operasi(OTC), Cawangan Pelucuthakan Harta (FOP) dan Cawangan Perancangan dan Penyelarasan (Urusetia).

Bahagian ini juga bertanggujawab untuk mengadakan kerjasama dengan Law Inforcement Agency (LEA) dalam dan luar negara bagi memudahkan siasatan kerana siasatan kes pengubahan wang haram semakin kompleks dan melibatkan luar sempadan negara.

 

Cawangan AMLA

  1. Menguruskan penyiasatan bagi kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001.
  2. Menguruskan analisa kewangan dan money trail bagi sesuatu kes bagi siasatan AMLA berkaitan dengan hasil-hasil rasuah.
  3. Menguruskan bantuan siasatan dibawah AMLA kepada Bahagian Siasatan/ 14 SPRM Negeri melibatkan pembekuan/penyitaan/lucuthak dibawah AMLATFPUAA 2001.
  4. Memantau dan memberi khidmat nasihat berkaitan siasatan dibawah Akta AMLATFPUAA 2001 yang disiasat oleh Bahagian Siasatan / 14 SPRM Negeri.
  5. Memberi khidmat nasihat kepada Pegawai Penyiasat  berhubung penyiasatan AMLA dan pengumpulan keterangan bagi siasatan AMLA agar menepati garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak APG/FATF
  6. Melaksanakan  siasatan bagi kes AMLA melibatkan nilai kesalahan RM500,000 keatas dan juga bagi kes-kes High Profile dan berkepentingan Awam (HPPI)
  7. Memberi penerangan dan maklumat berkaitan siasatan AMLA kepada pelatih-pelatih baru yang menjalani latihan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat  berkaitan siasatan AMLA.

Cawangan Sasaran Operasi

  1. Pengumpulan maklumat atau informasi (intelligence gathering) dijalankan berdasarkan proactive investigation dan intelligence based investigation khususnya melibatkan pengesahan maklumat, verifikasi dan pemintasan.
  2. Menjalankan profiling terhadap sasaran/ syarikat/ akaun bank dan tohmahan terdahulu (Dossier), semakan daripada database CTR (Cash Threshold Report) dan STR (Suspicious Transaction Report).
  3. Menjalankan kerja-kerja asas (ground work) seperti melawat tempat kejadian, pengesahan kesalahan, sasaran dan mengenal pasti peraturan dan prosedur berkaitan kes.
  4. Siasatan Kewangan – Money Trail (Reverse or Forward Tracing) dan penggunaan peralatan i2.
  5. Ketelitian dalam menganalisis berkaitan perolehan bukti dan keterangan akan menentusahkan pemakaiannya sama ada di peringkat pembuktian keterangan di mahkamah, dan juga holistic approach yang lain.
  6. Penganalisisan juga perlu meneliti keperluan penggunaan Mutual Assistance in Criminal Matters Act (MACMA), Mutual Legal Assistance (MLA), bilateral & multilateral arrangement or treaties, amalan baik (best practices) yang baik, sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
  7. Penentuan bertindak segera (quick response) - Dalam menentukan penganalisisan dilakukan dengan teliti dan terperinci, aspek kesegeraan atau pantas perlu dilakukan di mana perlu. 

Cawangan Perancangan Dan Penyelarasan

  1. Menjalankan aktiviti-aktiviti Pentadbiran dan Keurusetiaanan Bahagian AML.
  2. Sebagai wakil (Working Group) dalam National Coordination Committee (NCC) Bank Negara Malaysia dalam aspek pencegahan penggubahan wang haram.
  3. Sebagai Ahli Ultimate Beneficial Owner (UBO) mewakili SPRM.
  4. Jalinan kerjasama dengan institusi kewangan dan perbankan, penyelarasan kes-kes rujuk LHDN dan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan statistik, template, yang diperlukan oleh National Coordination Committee (NCC) Bank Negara Malaysia.
  5. Melaksanakan Corruptioan Risk Assessment (CRA) perspektif AML/CFT.
  6. Menguruskan pembentangan kes, ‘typology studies’ dan juga terlibat dalam penilaian diperingkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Financial Action Task Force (FATF) dan juga Asia Pacific Group on Money Laundering (APG).

Cawangan Pelucuthakan Harta (FOP)

  1. Menjalankan siasatan kes-kes pelucuthakan harta bagi tujuan pelucuthakan harta.
  2. Pembukaan KS hanya dibuat oleh pihak Ibu Pejabat Nilai sitaan RM250,000.00 dan ke atas serta kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.
  3. Menyediakan Notis Usul / Notis Permohonan / Afidavit Sokongan dan memfailkan kes di mahkamah bagi tujuan lucuthak.
  4. Pengurusan, penyelenggaraan dan pelupusan harta yang disita dan dilucuthak.
  5. Menjalankan pemantauan dan membantu kes-kes pelucuthakan harta di Bahagian, Cawangan dan Negeri.   

carta aml bm 160819

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pengarah Bahagian atau pegawai berikut:

Bil. Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah 03-8870 0022 l1
 2.

Ps Tan Ying Hui  

03-8870 0573 yinghui
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
46
Semalam
48
Minggu Ini
94
Bulan Ini
597

Keseluruhan
3428762