Bahagian Pemantauan Dan Penyelarasan (BPP) dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menyelaras setiap pelaksanaan misi dan strategi Suruhanjaya. Bahagian ini juga berperanan untuk menguatkuasakan segala bentuk arahan, pekeliling, peraturan dan undang-undang berkaitan operasi, pengurusan dan kewangan SPRM. Berikut merupakan tiga (3) fungsi utama Bahagian ini iaitu; 

 

1. Pengurusan Petunjuk Prestasi Utama KPI 

  • Pegawai KPI Ketua Pesuruhjaya SPRM (Tier 1) dan Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Tier 2);

  • Membangun, menyelaras dan melaksanakan pengurusan KPI untuk semua pegawai di SPRM Bahagian dan Negeri;

  • Memantau, memastikan pematuhan dan pelaporan pelaksanaan KPI oleh semua warga SPRM dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan; dan

  • Menganalisis dan mendokumentasikan laporan pencapaian KPI bagi setengah tahun, akhir tahun dan Laporan Eksekutif tahunan untuk pelaporan kepada pengurusan tertinggi dan pihak berkepentingan.

 

2. Inspektorat Pematuhan

  • Menjalankan naziran inspektorat pematuhan ke atas pelaksanaan dasar, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) oleh pegawai-pegawai SPRM di Bahagian dan Negeri.

  • Melaporkan dan maklumbalas sebarang kelemahan dan ketidakpatuhan dasar, peraturan dan SOP kepada SPRM Bahagian atau Negeri untuk tindakan pembetulan, penambahbaikan atau tindakan sewajarnya;

  • Menyediakan laporan kepada Urusetia Tatatertib sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib atau salahlaku oleh pegawai terlibat untuk tindakan sewajarnya;

  • Menjalankan naziran audit pematuhan dan pelaporan terhadap prestasi kewangan dan aset di Pusat Tanggungjawab (PTJ) SPRM Bahagian dan Negeri bagi meningkatkan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan agar mencapai prestasi tinggi dalam aspek kawalan dalaman dan pematuhan peraturan ditetapkan sebelum pemeriksaan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan

  • Memantau, memastikan dan melaporkan pematuhan pelaksanaan kawalan dalaman pengurusan kewangan dan ICT oleh PTJ melalui penilaian self assessment secara online (ezSNAP).

 

3. Pengurusan dan Penyelarasan Kebajikan

  • Bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Induk Pengurusan Kebajikan SPRM.

  • Bertanggungjawab menyelaras semua urusan berkaitan hal ehwal kebajikan pegawai dan warga kerja di SPRM yang akan dibantu oleh Pegawai Kebajikan yang dilantik dari setiap SPRM Negeri dan Bahagian.

  • Bertanggungjawab dalam merancang dan menguruskan pentadbiran am, urusan surat menyurat, pengendalian semua mesyuarat, mengemaskini Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK);

  • Merancang dan menguruskan kewangan seperti bajet, perolehan, pembayaran dan daftar aset;

  • Merancang dan menguruskan logistik melibatkan kenderaan, aset alih dan tidak alih, pengurusan stor dan pelupusan aset; dan

  • Pengurusan cuti, kehadiran pegawai dan sistem HRMIS.

 

carta-bahagian-pemantauan-bm_25072018

 

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah 03-8870 0047 s1
 2. PPj Hadri bin Hashim
03-8891 1812 hadri
 2. Puan Hazwani Najdiah binti Musrik
03-8870 0048 najdiah

 

Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menyelaras setiap pelaksanaan langkah strategik yang diambil oleh SPRM selaras dengan tanggungjawabnya membantu Ketua Pesuruhjaya SPRM memastikan setiap strategi di bawah Program atau Aktiviti dilaksanakan secara optimum.

 

Bahagian ini terbahagi kepada tiga(3) cawangan iaitu:

 

i.             Cawangan Rasuah Terancang;

ii.           Cawangan Penguatkuasan dan Pengawal Seliaan; dan

iii.         Cawangan Perolehan

 

Untuk mewujudkan pematuhan yang menyeluruh, Bahagian ini bertanggungjawab memantau pelaksanaan setiap Program dan Aktiviti secara berterusan. Pemantauan  ini dijalankan secara Naziran Inspektorat bagi menilai tahap kefahaman, kepatuhan, pelaksanaan dan kefungsian kepada dasar serta prosedur yang ditetapkan mengikut Program Operasi, Program Pencegahan dan Program Pengurusan. Naziran Inspektorat ini dilaksanakan secara berkala dan berterusan dengan bantuan daripada wakil kepada setiap domain.

 

Bagi memastikan pengurusan prestasi yang berkesan, Bahagian ini juga ditanggungjawabkan untuk menyelaras pembangunan KPI di SPRM supaya pencapaiannya menepati sasaran yang ditetapkan.Ia juga bagi memastikan KPI di setiap peringkat[ Tier ] saling berpautan dan mendapat sokongan penuh struktur di bawahnya. Pembangunan KPI ini meliputi Tier 1 [ Ketua Pesuruhjaya],Tier 2 [Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya], Tier 3 [ Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri], Tier 4 [ Penyelia ] dan Tier 5 [ Pelaksana].