Bahagian Pemantauan Dan Penyelarasan (Pemantauan) dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menyelaras setiap pelaksanaan misi dan strategi Suruhanjaya. Bahagian ini juga berperanan untuk menguatkuasakan segala bentuk arahan, pekeliling, peraturan dan undang-undang berkaitan operasi, pengurusan dan kewangan SPRM. Berikut merupakan tiga (3) fungsi utama Bahagian ini iaitu;

 

1. Pengurusan Petunjuk Prestasi Utama KPI

  • Pegawai KPI Ketua Pesuruhjaya SPRM (Tier 1) dan Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Tier 2);
  • Membangun, menyelaras dan melaksanakan pengurusan KPI untuk semua pegawai di SPRM Bahagian dan Negeri;
  • Pentadbir Sistem MACCKPI;
  • Memantau, memastikan pematuhan dan pelaporan pelaksanaan KPI oleh semua warga SPRM dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan; dan
  • Menganalisis dan mendokumentasikan laporan pencapaian KPI bagi setengah tahun, akhir tahun dan Laporan Eksekutif tahunan untuk pelaporan kepada pengurusan tertinggi dan pihak berkepentingan.

 

2. Pemantauan Pengurusan Kewangan SPRM

  • Melaksanakan fungsi sebagai Audit Dalam dan melaksanakan Kajian Audit berdasarkan arahan Pengurusan tertinggi;
  • Menjalankan naziran audit pematuhan dan pelaporan terhadap prestasi kewangan dan aset di Pusat Tanggungjawab (PTJ) SPRM Bahagian dan Negeri bagi meningkatkan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan agar mencapai prestasi tinggi dalam aspek kawalan dalaman dan pematuhan peraturan ditetapkan sebelum pemeriksaan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan
  • Memantau, memastikan dan melaporkan pematuhan pelaksanaan kawalan dalaman pengurusan kewangan dan ICT oleh PTJ melalui penilaian self assessment secara online (ezSNAP).

 

3. Pengurusan Pemantauan Prestasi SPRM

  • Melaksanakan pemantauan terhadap prestasi penjawat SPRM meliputi pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI);
  • Melaksanakan pemantauan prestasi pengurusan kewangan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) SPRM Bahagian dan Negeri bagi memastikan peruntukan perbelanjaan yang diluluskan dibelanja dengan berhemah;
  • Melaksanakan pemantauan pengurusan aset dan Kompleks Pejabat SPRM; dan
  • Melaksanakan pemantauan pengurusan Program / Aktiviti SPRM berdasarkan kepada pelaporan Outcome Based Budgeting (OBB).

 

BPP STRUKTUR TERKINI BM

 

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah 03-8870 0047 s1
 2. PPj Hadri bin Hashim
03-8891 1812 hadri
 2. Puan Hazwani Najdiah binti Musrik
03-8870 0048 najdiah

 

Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menyelaras setiap pelaksanaan langkah strategik yang diambil oleh SPRM selaras dengan tanggungjawabnya membantu Ketua Pesuruhjaya SPRM memastikan setiap strategi di bawah Program atau Aktiviti dilaksanakan secara optimum.

 

Bahagian ini terbahagi kepada tiga(3) cawangan iaitu:

 

i.             Cawangan Rasuah Terancang;

ii.           Cawangan Penguatkuasan dan Pengawal Seliaan; dan

iii.         Cawangan Perolehan

 

Untuk mewujudkan pematuhan yang menyeluruh, Bahagian ini bertanggungjawab memantau pelaksanaan setiap Program dan Aktiviti secara berterusan. Pemantauan  ini dijalankan secara Naziran Inspektorat bagi menilai tahap kefahaman, kepatuhan, pelaksanaan dan kefungsian kepada dasar serta prosedur yang ditetapkan mengikut Program Operasi, Program Pencegahan dan Program Pengurusan. Naziran Inspektorat ini dilaksanakan secara berkala dan berterusan dengan bantuan daripada wakil kepada setiap domain.

 

Bagi memastikan pengurusan prestasi yang berkesan, Bahagian ini juga ditanggungjawabkan untuk menyelaras pembangunan KPI di SPRM supaya pencapaiannya menepati sasaran yang ditetapkan.Ia juga bagi memastikan KPI di setiap peringkat[ Tier ] saling berpautan dan mendapat sokongan penuh struktur di bawahnya. Pembangunan KPI ini meliputi Tier 1 [ Ketua Pesuruhjaya],Tier 2 [Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya], Tier 3 [ Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri], Tier 4 [ Penyelia ] dan Tier 5 [ Pelaksana].

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
9
Semalam
48
Minggu Ini
252
Bulan Ini
1506

Keseluruhan
3446326