Bahagian Operasi Khas ditubuhkan pada 15 April 2010 dengan misi memerangi rasuah melalui penyiasatan kes-kes yang berprofil tinggi dan berkepentingan awam tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM) dengan penggunaan Pengurusan Siasatan Berkesan (EIM) dan Pengurusan Siasatan Berpasukan (MTI) bagi memastikan keberhasilan siasatan untuk meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap kewibawaan SPRM sebagai agensi terunggul dan relevan pencegahan rasuah.

Bahagian Operasi Khas beroperasi dengan 2 sektor utama iaitu Sektor Operasi Berprofil Tinggi dan Sektor Operasi Berkepentingan Awam di samping di bantu oleh Sektor Pembangunan Sumber dan Maklumat, Sektor Penyelidikan dan Penganalisaan, Sektor Keurusetiaan dan Pengurusan dan Cawangan Rekod dan Analisa Data.

 

Fungsi Bahagian

Bahagian Operasi Khas bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas memerangi rasuah melalui perlaksanaan operasi siasatan kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

BOK STRUKTUR TERKINI BM03

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian Operasi Khas :

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah 

03-88900027

bk1
 2. TPj Tuan Ruslan Bin Tuan Mat 03-88900009 tuanruslan
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
49
Minggu Ini
174
Bulan Ini
1428

Keseluruhan
3446248