Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) bertanggungjawab melaksanakan pelan tindakan perhubungan awam dan komunikasi yang strategik, tepat dan berkesan serta menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat dengan media massa, pemimpin-pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan keyakinan dan persepsi masyarakat terhadap SPRM. BKS berfungsi sebagai pusat rujukan setempat, saluran penyampaian maklumat dan komunikasi secara efektif secara luaran dan dalaman selain bertanggungjawab menyediakan latihan, khidmat nasihat komunikasi dan perhubungan awam berkaitan krisis semasa kepada semua Bahagian di Ibu Pejabat SPRM dan Negeri. 
 
Visi
Peneraju strategik pengurusan reputasi dan imej korporat SPRM.
 
Misi
Memacu pengurusan isu efektif dan mempromosi inisiatif pencegahan rasuah dengan menggunakan setiap jaringan media secara proaktif, profesional dan holistik bagi penyebaran luas maklumat berimpak tinggi dan positif.
 
Moto
Informatif * Efektif * Holistik
 
Objektif
  • Mempromosi fungsi, program dan inisiatif pencegahan rasuah dengan efektif bagi meningkatkan imej korporat dan reputasi SPRM.
  • Melaksanakan strategi pengurusan isu yang efektif secara konsisten.
  • Menjadi perantara komunikasi dalam pengurusan isu bagi mendapatkan publisiti berimpak tinggi.
  • Menguruskan pendekatan dan strategi komunikasi dalaman dengan tersusun dan dinamik bagi penyaluran maklumat yang tepat dan betul secara holistik.
  • Membina hubungan yang kukuh dan dinamik dengan setiap pihak berkepentingan (stakeholder) terutama organisasi media dalam dan luar negara, menerusi pendekatan keterlibatan yang membina bagi memastikan keberkesanan usaha pencegahan rasuah dan meningkatkan imej SPRM.
  • Menyediakan panduan dan khidmat pengurusan komunikasi dalaman kepada setiap Bahagian dan Pejabat SPRM Negeri.

bks bm 08022018

 

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah  03-8870 0015 m1
 2. Puan Wan Ana Melinda binti Wan Salim 03-8870 0201 wamelinda
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
45
Semalam
52
Minggu Ini
240
Bulan Ini
891

Keseluruhan
3427502