Bahagian Keselamatan merupakan satu bahagian yang menyokong fungsi utama SPRM (core support) dalam aspek keselamatan perlindungan, fizikal, dokumen, personel dan ICT bagi memastikan SPRM dalam keadaan yang selamat daripada sebarang bentuk ancaman.

Visi

Bahagian Keselamatan sebagai benteng perlindungan kepada ancaman keselamatan dan memenuhi keperluan perkhidmatan sokongan operasi SPRM berlandaskan prinsip amanah, tegas dan adil.

Misi

Melaksanakan keperluan keselamatan SPRM berteraskan perkhidmatan yang berkualiti dan efektif secara bersepadu dan berterusan serta memastikan aset yang menjadi tanggungjawab kerajaan di SPRM diberi perlindungan keselamatan daripada sebarang ancaman atau dikompromi.

 

Cawangan Keselamatan Fizikal, Personel, Dokumen dan Perlindungan Saksi

Mengurus keselamatan fizikal premis SPRM, mengurus keselamatan dokumen terperingkat, mengurus keselamatan peribadi pegawai dan staf SPRM serta mengurus keselamatan teknologi dan maklumat. Berikut adalah fungnsi-fungsi unit:

1. Unit Keselamatan Fizikal

    1.1  Pengurusan Pas Keselamatan

    1.2  Pengurusan Kad Kuasa

    1.3  Pengurusan Lawatan Keselamatan

    1.4  Pengurusan Kawalan Kunci Keselamatan

    1.5  Pengurusan Kawalan Kunci Tatakira

    1.6  Penyimpanan Kunci Pendua

    1.7  Pengambilan Anak-anak Kunci

 

2. Unit Keselamatan Dokumen

    2.1  Permohonan Pegawai Pengelas

    2.2  Kawalan Dokumen Terperingkat

 

3. Unit Keselamatan Personel

    3.1  Pengurusan Perakuan Rahsia Rasmi

    3.2  Pengurusan Profil Keselamatan

 

4. Unit Perlindungan Saksi

    4.1  Pengurusan Kertas Perlindungan Saksi

    4.2  Pengurusan Perjanjian Perlindungan Saksi

    4.3  Pengurusan Perlindungan Keselamatan Peribadi

    4.4  Pengurusan Keselamatan Pergerakan Saksi

    4.5  Pengurusan Kawalan Penempatan

    4.6  Pengurusan Rondaan Penempatan

    4.7  Pengurusan Penamatan Perlindungan Saksi

 

Cawangan Pengiring

Mengurus tugasan pengiringan keselamatan dan memberi perlindungan keselamatan peribadi serta memberi bantuan perlindungan keselamatan ke atas operasi SPRM. Diantara tugas cawangan ini ialah:

1. Pengiringan Peribadi (VIP)

2. Pengiringan Aset, Barang Kes dan Senjata Api

3. Pengiringan OKT

 

Cawangan Persenjataan

Mengurus bekalan dan penyelenggaraan senjata api dan amunisi jabatan serta mengurus kawalan keselamatan barang kes. Cawangan ini dibahagikan kepada dua (2) unit iaitu:

1. Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Senjata Api

2. Unit Latihan dan Ujian Menembak

 

Cawangan Pentadbiran

Secara umumnya Cawangan Pentadbiran bertanggungjawab menguruskan semua hal ehwal pengurusan sumber manusia, kewangan, aset, pentadbiran am dan rekod bahagian.

 

carta bahagian keselamatan bm 15022018

 

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah  03-8870 0039 k1
 2. PPj Azizi bin Abdul Latif 03-8891 1531 azizi.latif
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
62
Minggu Ini
217
Bulan Ini
994

Keseluruhan
3421588