Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan segala bentuk arahan, pekeliling, peraturan dan undang-undang berkaitan tata kelakuan dan tatatertib warga SPRM. Selain itu, bahagian ini juga berperanan untuk melaksanakan program-program outreach untuk meningkatkan profesionalisme serta integriti warga SPRM. Berikut merupakan empat (4) fungsi utama bahagian ini iaitu;

 

1. Pengukuhan Integriti

  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti kepada warga SPRM melalui program-program keagamaan dan nilai-nilai murni;
  • Memperkasa dan meningkatkan aspek nilai, akauntabiliti dan kesejahteraan warga SPRM melalui Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN);
  • Menyediakan dan memberi khidmat kaunseling dan bimbingan kepada warga SPRM yang dikenalpasti atau kes rujukan;
  • Menyediakan khidmat konsultasi psikometrik dalam pengurusan sumber manusia;
  • Menyediakan modul dan input-input psikologi dalam program latihan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA);
  • Membangun, menyelaras dan memantau Pelan Integriti SPRM; dan
  • Menyelaras dan mengurusetiakan Mesyuarat dan pelaksanaan program inovasi dan kualiti SPRM, mengurusetiakan Hari Anugerah Inovasi SPRM, pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), pelaksanaan Integrity Testing ke atas pegawai kadet dan mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) SPRM serta pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN).

 

2. Penyiasatan dan Tatatertib

  • Mengesan dan mengesahkan aduan atau maklumat salahlaku atau pelanggaran kod etika SPRM dan tata kelakuan bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Tata kelakuan Dan Tatatertib) 1993 atau tindakan pentadbiran yang lain;
  • Menguruskan prosiding tatatertib untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib SPRM. Memastikan urusan prosedur tatatertib dijalankan dengan adil, cepat dan memberi kesan menyeluruh kepada organisasi;
  • Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat Lembaga Tatatertib SPRM; dan
  • Menyediakan Laporan Ketua Jabatan berkaitan kes pelanggaran tata kelakuan pegawai-pegawai gred 47/48 dan ke atas untuk dikemukakan dan pertimbangan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

3. Aduan dan Pengurusan Rekod

  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai pelanggaran tata kelakuan atau salahlaku warga SPRM serta memastikan kerahsiaan maklumat atau aduan tersebut;
  • Menjadi sektretariat kepada Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM dan menyediakan Laporan Tahunan JKA;
  • Mengurusetiakan mesyuarat JKA termasuk surat panggilan mesyuarat, mencatat minit dan maklumbalas mesyuarat; dan
  • Menyediakan kertas cadangan untuk memperbaiki sistem tatacara kerja SPRM berasaskan hasil perbincangan dan perakuan JKA atau hasil penyiasatan atau keputusan tatatertib.

 

4. Pentadbiran

  • Bertanggungjawab dalam merancang dan menguruskan pentadbiran am, urusan surat menyurat, pengendalian semua mesyuarat, mengemaskini Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK);
  • Merancang dan menguruskan kewangan seperti bajet, perolehan, pembayaran dan daftar aset;
  • Merancang dan menguruskan logistik melibatkan kenderaan, aset alih dan tidak alih, pengurusan stor dan pelupusan aset ; dan
  • Pengurusan cuti, kehadiran pegawai dan sistem HRMIS.

 

carta-bahagian-kecemerlangan-bm_26072018

 

 

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah  03-8891 1777 p1
 2. PPj Ayob bin Abdul Majid 03-8891 1777 ayoba
 3. PPj Haiyu Syahida binti Zakaria 03-8891 1778 haiyusy
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
51
Semalam
62
Minggu Ini
216
Bulan Ini
993

Keseluruhan
3421587