Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan bertanggungjawab sebagai sumber rujukan kepada Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan Dasar Suruhanjaya. Peranan ini dilaksanakan melalui penyelidikan, penyelarasan dan pemantauan berasaskan kepada pengurusan strategik dan pelaksanaan pelan tindakan yang profesional, cekap dan berkesan.
Visi
Menjadi sumber utama membantu perancangan dasar oleh Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM melalui penyelidikan, penyelarasan dan pemantauan secara professional, cekap dan berkesan.
Misi
Mengintegrasikan semua sumber secara berterusan bagi memastikan objektif SPRM tercapai, fungsi dan tanggungjawab dilaksanakan serta penambahbaikan berterusan dirancang dan dilaksanakan.
Objektif
-
Menyelidik dan membantu perancangan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi ke arah merancang dan menyelaras dasar SPRM bagi pembanterasan jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa melalui pengurusan strategik dan pelaksanaan pelan tindakan yang profesional.
Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:
Bil | Nama | No Telefon | Emel (@sprm.gov.my) |
1. | Pengarah | 03-8870 0012 | j1 |
2. | KPKPj Karunanithy A/L Y. Subbiah | 03-8891 1326 | karuna |