Bahagian Analisa Kewangan (BAK) bertanggungjawab menjalankan fungsi sokongan siasatan yang berbentuk khidmat analisa kewangan untuk membantu penyiasatan kes-kes kompleks di bawah ASPRM 2009, AMLATFPUAA 2001, Kanun Keseksaan dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.

BAK terdiri daripada pegawai penyiasat kanan yang berpengalaman di dalam penyiasatan kewangan,  pernah mendapat latihan dan pendedahan professional di sektor swasta sebagai jurubank, juruaudit, akauntan selain merupakan ahli penuh dalam badan-badan profesional seperti berikut:-

  • Malaysian Institute of Accountants (MIA)
  • Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
  • Association of Certified Chartered Accountants (ACCA)
  • Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)

Serta memegang pentauliahan kepakaran daripada universiti / institusi tempatan / badan antarabangsa berikut:-

  • Certified Financial Investigator Program (CFIP)
  • Association of Certified Anti-Money Laundering Specialists (ACAMS)
  • Association of Certified Fraud Examiners (ACFE)
  • Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA)
  • Master in Forensic Accounting and Financial Criminology

Analisa kewangan yang dijalankan meliputi aspek pengkhususan berikut:-

  1. Analisa harta berlebihan di bawah seksyen 36 ASPRM 2009.
  2. Analisa jejak kewangan (financial trailing) dan pengesanan harta jenayah (criminal asset tracing).
  3. Pengenalpastian hubungan ‘beneficial ownership’ dalam siasatan terhadap rangkaian jenayah yang kompleks.
  4. Kajian / analisa dokumen kewangan bagi membantu dalam penyediaan keterangan untuk pembuktian siasatan kes predikat / pengubahan wang haram.

Laporan analisa disediakan oleh BAK yang mendedahkan hasil analisa kewangan sama ada sebagai panduan kepada penemuan keterangan / saksi penting, pemahaman modus operandi dan keterangan pakar dalam prosiding mahkamah.

carta bak bm 170719

 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian Analisa Kewangan :-

 

Bil. Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah 03-8870 0111 y1
 2.

PsK Mohamad Ezuan bin Mohamad Joha

03-8870 0290 mohamadezuan
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
36
Semalam
49
Minggu Ini
132
Bulan Ini
783

Keseluruhan
3427394