Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.
Penafian: "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."
Tertuduh | Zulkifle bin Othman |
No Pengenalan Diri | 620801-08-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | Kampung Kubu, Lambak, Chabang Lima dan Lubuk Salak Perak |
Jawatan | Pengerusi JKK |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Nurul Wahida Binti Jalaludin |
Peguam Bela | 1. Hisham Bin Nazir |
Sabitan Lampau | - |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-28 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | AA-62R-1-01/2020 | Bahawa kamu, pada 15 Mac 2017, di Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Tanjung Malim dalam Daerah Mallim, di dalam Negeri Perak, telah memperdayakan Dato’ Rusnah Binti Kassim dengan mendorong beliau untuk mempercayai bahawa bayaran RM350,000.00 adalah bagi memohon sumbangan membina surau baru ditapak surau lama di Kampung Kubu dan oleh itu kamu dengan curangnya mendorong dan memperdayakan Dato’ Rusnah Binti Kassim memohon sumbangan berjumlah RM350,000.00 kepada Pejabat Menteri Besar untuk diluluskan pengeluaran cek RM350,000.00 tersebut. Permohonan sumbangan tersebut telah diluluskan dan dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 0806802067XXXX atas nama penerima JKKK Kampung Lambak, Cabang Lima dan Lubok Salak yang mana kerja-kerja pembinaan surau baru tidak dilaksanakan sehingga kini dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan. | Seksyen 417 Kanun Keseksaan | Denda RM150,000.00; gagal bayar 15 bulan penjara |