Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.
Penafian: "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."
Tertuduh | Ismon bin Madikon |
No Pengenalan Diri | 610301-10-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | W.P Putrajaya |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani |
Jawatan | Penolong Pegawai Pertanian |
Mahkamah | Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Shah Alam Selangor |
Hakim | YA Tn Mohd Sabri bin Ismail |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TP Wan Shaharuddin bin Wan Ladin 2. TPR Fadhli bin Ab Wahab |
Peguam Bela | 1. Shamsul Sulaiman (Shamsul Sulaiman Advocates & Solicitors) |
Sabitan Lampau | - |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-10-05 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-61R-6-02/2020 | Bahawa kamu pada 4 Julai 2018, di Maybank Berhad Cawangan Semenyih , No 3, Jalan Pasar 2, Bandar Semenyih, 43500 Semenyih, dalam Daerah Selangor, sebagai seorang penjawat awam iaitu Penolong Pegawai Pertanian di Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia, Aras 12, Lot 4G2 Wisma Tani, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya telah menerima RM45,520.00 bagi diri kamu, melalui 3 keping cek iaitu cek Maybank bernombor 940153 di atas nama Palmaris Enterprise berjumlah RM20,000.00 , cek Maybank bernombor 038717 di atas nama Palmaris Enterprise berjumlah RM10,000.00 dan cek Maybank bernombor 038728 di atas nama kamu sendiri berjumlah RM15,520.00, dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi daripada Zabidi Bin Haji Zainal iaitu Pengarah Syarikat Hijerah Jaya Enterprise, yang kamu ketahui ada perhubungan dengan tugas-tugas rasmi kamu sendiri sebagai penjawat awam dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Penjara 1 hari dan denda RM60,000.00; gagal bayar 6 bulan penjara |
Tertuduh | Muhammad Yusrol Shafiq Bin Muhamad Yuzni |
No Pengenalan Diri | 960409-06-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | - |
Mahkamah | Mahkamah Sesyen 2 (Khas Rasuah) Kuantan |
Hakim | Dato' Habibah binti Mohamed Yusof |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. Pegawai Pendakwa Kamariah binti Seman |
Peguam Bela | 1. - |
Sabitan Lampau | - |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-09-29 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | CA-62R-27-08/2020 | Bahawa kamu pada 21 Mei 2017, jam lebih kurang 07.15 petang, di bilik Detektif Ibu Pejabat Daerah Kuantan, dalam Daerah Kuantan, dalam Negeri Pahang, telah secara rasuah memberi suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM500.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Detektif Koperal D9 Mohd Azuan Bin Adenan, Anggota Unit Risikan Jenayah (URJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang, sebagai dorongan kepadanya untuk membuat sesuatu yang berhubung dengan hal ehwal prinsipalnya, iaitu untuk melepaskan kamu atas kesalahan yang kamu telah melakukan iaitu memilik 5 keratan straw di dalamnya terdapat pil warna kemerahan di syaki dadah berjumlah 22 biji, dan dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. | Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 | Penjara 8 bulan dan denda RM10,000.00; jika gagal bayar 6 bulan penjara |
Tertuduh | Sherman bin Salleh |
No Pengenalan Diri | 770526-12-XXXX / G/1XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | W.P Kuala Lumpur |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
Jawatan | Penolong Penguasa Polis (ASP) |
Mahkamah | Mahkamah Sesyen Jenayah (9) Kuala Lumpur |
Hakim | YA Azura binti Alwi |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Abdul Rashid bin Sulaiman 2. TPR Mohamad Fadhly bin Mohd Zamry 3. TPR Nor Diana binti Nor Azwa |
Peguam Bela | 1. Miss Livina Raja (Tetuan Geetham Ram) |
Sabitan Lampau | - |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-09-29 |
Rayuan | Sedang Dirayu |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | WA-61R-07-03/2019 | Bahawa kamu, bersama-sama pada 27 November 2018 jam diantara 8.00 malam dan 10.00 malam bertempat di Restoran Hayaki Kopitiam beralamat 87-G, Jalan Langkawi, Platinum Walk, 53000 Setapak dalam Wilayah Kuala Lumpur, dalam Negeri Wilayah Persekutuan, sebagai ejen Kerajaan Malaysia iaitu Penolong Penguasa Polis dan Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur, telah secara rasuah meminta suapan iaitu wang sebanyak RM3,000.00, untuk mencapai niat bersama kamu daripada Gilbert Juin Anak Damu sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Angel Massage Centre di alamat Blok F-45-1 Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, 53300 Setapak yang dimiliki Redantzkl Enterprise, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. | Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009 | 30 bulan penjara dan denda RM15,000.00; gagal bayar 12 bulan penjara |
2 | WA-61R-07-03/2019 | Bahawa kamu, pada 3 Disember 2018 jam diantara 9.00 malam dan 10.00 malam bertempat di hadapan Dobi Speedy Wash beralamat F-43-0, Jalan Langkawi, Platinum Walk, 53000 Setapak dalam Wilayah Kuala Lumpur, dalam Negeri Wilayah Persekutuan, sebagai ejen Kerajaan Malaysia iaitu Penolong Penguasa Polis yang bertugas di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur, telah secara rasuah memperoleh satu suapan iaitu wang sebanyak RM3,000.00 daripada Gilbert Juin Anak Damu sebagai dorongan untuk kamu tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Angel Massage Centre di alamat Blok F-45-1 Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, 53300 Setapak yang dimiliki Redantzkl Enterprise, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama. | Seksyen 17(a) ASPRM 2009 | 50 bulan penjara dan denda RM15,000.00; gagal bayar 12 bulan penjara |
Tertuduh | Faizal Miza bin Zakariah |
No Pengenalan Diri | 840320-01-XXXX / RF/14XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | W.P Kuala Lumpur |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
Jawatan | Lans Koperal |
Mahkamah | Mahkamah Sesyen Jenayah (9) Kuala Lumpur |
Hakim | YA Azura binti Alwi |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Abdul Rashid bin Sulaiman |
Peguam Bela | 1. Datuk Geethan Ram Vincent |
Sabitan Lampau | - |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-09-29 |
Rayuan | Sedang Dirayu |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | WA-61R-07-03/2019 | Bahawa kamu, bersama-sama pada 27 November 2018 jam diantara 8.00 malam dan 10.00 malam bertempat di Restoran Hayaki Kopitiam beralamat 87-G, Jalan Langkawi, Platinum Walk, 53000 Setapak dalam Wilayah Kuala Lumpur, dalam Negeri Wilayah Persekutuan, sebagai ejen Kerajaan Malaysia iaitu Penolong Penguasa Polis dan Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur, telah secara rasuah meminta suapan iaitu wang sebanyak RM3,000.00, untuk mencapai niat bersama kamu daripada Gilbert Juin Anak Damu sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Angel Massage Centre di alamat Blok F-45-1 Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, 53300 Setapak yang dimiliki Redantzkl Enterprise, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. | Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009 | 30 bulan penjara dan denda RM15,000.00; gagal bayar 12 bulan penjara |
2 | WA-61R-07-03/2019 | Bahawa kamu, pada 11 Januari 2019 jam diantara 11.00 malam dan 12.00 malam bertempat di hadapan Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus beralamat 55-G,Jalan Langkawi, Platinum Walk, 53000 Setapak dalam Wilayah Kuala Lumpur, dalam Negeri Wilayah Persekutuan, sebagai ejen Kerajaan Malaysia iaitu Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur telah secara rasuah memperoleh satu suapan iaitu wang sebanyak RM 3,000.00 daripada Gilbert Juin Anak Damu sebagai dorongan untuk kamu tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Angel Massage Centre di alamat Blok F-45-1 Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, 53300 Setapak yang dimiliki Redantzkl Enterprise, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama. | Seksyen 17(a) ASPRM 2009 | 47 bulan penjara dan denda RM15,000.00; gagal bayar 12 bulan penjara |
Tertuduh | Gopalakrishnan A/L Laksmanan |
No Pengenalan Diri | 580805-02-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | - |
Mahkamah | Mahkamah Seksyen Alor Setar |
Hakim | Tuan Murtazadi bin Amran |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Tan Sew Ping |
Peguam Bela | 1. - |
Sabitan Lampau | - |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-09-28 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | KA-62R-8-9/2020 | Bahawa kamu pada 16 Oktober 2014, jam lebih kurang 3.30 pagi bertempat No. 7137 Jalan Kuala Benut, Sungai Karangan, Padang Serai, dalam daerah Kulim, dalam Negeri Kedah, telah menawarkan suatu suapan, iaitu wang tunai RM450.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Inspektor Norfaizal bin Mohd yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Kedah, sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kamu kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak petrol sebanyak 9506 liter tanpa lesen yang sah yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dengan itu kamu melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama. | Seksyen 214 Kanun Keseksaan | Denda RM10,000.00; jika gagal bayar 6 bulan penjara |