Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.
Penafian: "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."
Tertuduh | Muhammad Aizat bin Ziadi |
No Pengenalan Diri | 890504-14-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Lembaga Kemajuan Tanah Felda |
Jawatan | Penyelia Rancangan Tanah Felda |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Siti Sarah binti Zainal Abiddin 2. TPR Rif’ah Izzati binti Abdul Mutalif |
Peguam Bela | 1. Zahidah Syazani binti Mohd Zahidin |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-02-03 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | CA-62R-3-04/2022 | Bahawa kamu antara November 2020 dan Disember 2020, sebagai Penyelia Rancangan Tanah di Pejabat Rancangan Felda Sebertak, dalam Daerah Bera, dalam Negeri Pahang, telah membuat suatu dokumen palsu iaitu secara tidak jujur menandatangani sebahagian Senarai Akuan Penerimaan Bayaran Tunai Paysheet (PS) bulan November 2020 dan Senarai Akuan Penerimaan Bayaran Tunai Pendahuluan Tunai (PT) bulan Disember 2020, dengan niat hendak menyebabkan supaya sebahagian dokumen itu dipercayai telah ditandatangani oleh peneroka felda sebertak sebagai akuan penerimaan bayaran tunai tersebut daripada kamu. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 464(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 465 Kanun Keseksaan. | Seksyen 464(a) Kanun Keseksaan | Penjara 6 bulan dan Denda RM8,000.00; id 3 bulan penjara |
Tertuduh | Sumardi bin Yazid |
No Pengenalan Diri | 820303-03-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | P.Pinang |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | |
Jawatan | |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Noor Azura binti Zulkiflee |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-01-31 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | PB-61R-2-03/2021 | Bahawa kamu, pada 08 Mac 2016, di Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah, Berapit, Bukit Mertajam di dalam Daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29) yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah, Berapit telah menerima untuk diri kamu suatu benda yang berharga iaitu wang tunai bernilai RM5,200.00 dengan tiada balasan daripada Ahmad Razimi bin Yazid yang mana kamu ketahui beliau ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh di hukum di bawah seksyen yang sama. | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Penjara 1 hari dan Denda RM10,000.00; jika gagal bayar 5 bulan penjara |
Tertuduh | Azman bin Abd Rahman |
No Pengenalan Diri | 680125-04-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Kolej Matrikulasi |
Jawatan | Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PO Nik Lokman Hakim bin Nik Mohd Nor |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-01-31 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | JA-61R-17-10/2022 | Bahawa kamu pada 12 September 2017, di Maybank Cawangan Pagoh, No 14-3 & 14-4, Pagoh Main Road, Pekan Pagoh, di dalam daerah Muar, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar yang bertugas di Kolej Matrikulasi Johor, kampung paya Mas, Tangkak, Johor, telah menerima untuk diri kamu suatu benda berharga iaitu wang tunai berjumlah RM 1000.00 daripada Mokhtar bin Jaafar iaitu Pengurus Besar MBJ Dynamics Enterprise yang merupakan kontraktor pembersihan di Kolej Matrikulasi Johor yang kamu ketahui ada hubungan rasmi dengan tugas rasmi kamu iaitu Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Kolej Matrikulasi Johor, dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 kanun Keseksaan (Akta 574) | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM6,000.00 bagi ketiga-tiga pertuduhan; jika gagal bayar 3 bulan penjara |
2 | Bahawa kamu, pada bulan Julai 2017, di Pejabat Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Kolej Matrikulasi Johor, Kampung Paya Mas, di dalam Daerah Tangkak, di dalam Negeri Johor sebagai seorang penjawat awam, iaitu Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar yang bertugas di Kolej Matrikulasi Johor Kampung Paya Mas, Tangkak, Johor Darul Takzim, telah menerima untuk diri kamu suatu benda berharga laitu wang tunai berjumlah RM 500.00 daripada Mohd. Hafiz bin Takril iaitu Pemilik DK Sports Centre yang merupakan pembekal bagi kerja-kerja Penyelenggaraan Alatan Sukan (String Raket dan Grip) bagi persediaan dan kegunaan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor dalam Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) yang kamu ketahui ada hubungan dengan tugas rasmi kamu iaitu Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Kolej Matrikulasi Johor dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | ||
3 | Bahawa kamu, pada 11 September 2017, di Pejabat Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Kolej Matrikulasi Johor, Kampung Paya Mas, di dalam Daerah Tangkak, di dalam Negeri Johor sebagai seorang penjawat awam, iaitu Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar yang bertugas di Kolej Matrikulasi Johor Kampung Paya Mas, Tangkak, Johor Darul Takzim, telah menerima untuk diri kamu suatu benda berharga laitu wang tunai berjumlah RM 3,500.00 daripada Mohd. Hafiz bin Takril iaitu Pemilik DK Sports Centre yang merupakan pembekal bagi kerja-kerja Membekal Pakaian Kontinjen KAKOM KMJ 2017 bagi Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) yang kamu ketahui ada hubungan dengan tugas rasmi kamu iaitu Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Kolej Matrikulasi Johor dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). | Seksyen 165 Kanun Keseksaan |
Tertuduh | Md Najim Morol |
No Pengenalan Diri | EB 011XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Bangladesh |
Negeri | Selangor |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | |
Jawatan | |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Muaz Ahmad bin Khairuddin |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-01-31 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-11/01/2023 | Bahawa kamu, pada 28 Januari 2023 jam lebih kurang 0700hrs, bertempat di Jalan Besar Sungai Pelek – Tanjung Sepat di dalam Daerah Sepang dalam Negeri Selangor telah secara rasuah memberikan suatu suapan, iaitu wang tunai bernilai RM100.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia Koperal Ahmad Shuhaimi bin Mohd Shahrim anggota polis sokongan dari Balai Polis Sungai Pelek, Selangor sebagai dorongan untuk tidak melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipalnya, iaitu tidak mengambil tindakan ke atas kamu kerana telah melakukan satu kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 214 Akta yang sama. | Seksyen 214 Kanun Keseksaan | Penjara 3 hari dan Denda RM3,000.00; jika gagal bayar 4 bulan penjara |
Tertuduh | Mohd Shukri bin Othman |
No Pengenalan Diri | 730316-03-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Kelantan |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | Kontraktor |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Tengku Nurul Haziqah binti Tuan Yacob 2. TPR Mariah binti Omar |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-01-24 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | DA-62R-4-08/2022 | Bahawa kamu pada 7 Jun 2020, jam di antara 6.00 petang hingga 7.00 petang , bertempat di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 1590, Taman Jaya, Jalan Hospital Universiti, dalam Daerah Kota Bharu, dalam Negeri Kelantan, telah secara rasuah menerima suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM6,800.00 daripada Mohd Razali bin Deraman sebagai dorongan untuk membantu mengeluarkan Mohd Nordin bin Mohd Ramli yang ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atas kesalahan mencuri lembu dan meracuni kambing yang disiasat dibawah Seksyen 379 dan 429 Kanun Keseksaan dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama. | Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 | Penjara 1 hari dan Denda RM34,000.00; jika gagal bayar 6 bulan penjara |
Tertuduh | Norazam bin Abdul Hameed |
No Pengenalan Diri | 680502-05-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | W.P Kuala Lumpur |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | |
Jawatan | |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Nor Diana binti Nor Azwa |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-01-19 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-19-10/2020 | Bahawa kamu pada 2hb Mac 2019, di antara jam 10.45 pagi hingga 11.05 pagi bertempat di Parkir Jalan Prima Saujana 2/1, Taman Prima Saujana dalam Daerah Kajang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai seorang ejen kepada FGV Holdings Berhad iaitu Pengurus Besar Kanan di Plantations Sustainability Department, telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM10,000 daripada Mohd Rizal Bin Md Kassim sebagai suatu upah bagi melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu mengesyorkan perlantikan Syarikat MRA Sustainable Solution kepada FGV Palm Industries Sendirian Berhad sebagai auditor bagi pensijilan International Sustainable Carbon Certification (ISCC) untuk 8 buah Kilang Sawit iaitu Kilang Keratong 9, Kilang Palong Timur, Kilang Maokil, Kilang Bukit Sagu, Kilang Lepar Hilir, Kilang Serting Hilir, Kilang Lepar Utara 06, Kilang Serting dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 (1) Akta yang sama [Akta 694] | Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 | Penjara 14 hari dan Denda RM50,000.00; jika gagal bayar 18 bulan penjara |
Tertuduh | Sancheev a/l Varunanthera |
No Pengenalan Diri | 960611-07-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | - |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Rehab binti Abdul Shukor |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-01-18 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | KA-62R-1-01/2023 | Bahawa kamu, pada 7 September 2022 jam lebih kurang 2.00 petang, bertempat di bilik 612, StarCity Hotel, 88, Jalan Sepuluh di dalam Daerah Kota Setar, Dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah menawarkan untuk memberi suapan iaitu seutas rantai leher emas bernilai RM4,649.95 kepada Ejen Kerajaan Malaysia iaitu Abdullahtip Bin Abdullah yang berpangkat Sub-Inspektor dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontijen Negeri Kedah sebagai balasan untuk melepaskan kamu daripada menerima hukuman undang-undang bagi kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine dan boleh disabitkan dengan seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan adalah dengan ini kamu melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 214 Kanun Keseksaan. | Seksyen 214 Kanun Keseksaan | Denda RM30,000.00 |
Tertuduh | Kalaithasan a/l Marimuthu |
No Pengenalan Diri | 701213-07-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | P.Pinang |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | |
Jawatan | |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-01-18 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | PB-62R-1-01/2023 | Bahawa kamu pada 28 Jun 2021 jam lebih kurang jam 5.10 petang, di Lorong Perusahaan 4 berhadapan kilang Schenker, Bukit Tengah, di dalam Daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang telah memberikan suapan wang tunai berjumlah RM200.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu anggota polis berpangkat Koperal, Hisamudin bin Ibrahim sebagai dorongan untuk tidak melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu untuk tidak menahan dan menyaman kamu yang telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (N0.3) 2021 iaitu membawa lebih muatan orang melebihi kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP PKP 3.0, dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 17 ( b ) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694 ) dan boleh di hukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 | Penjara 10 hari dan Denda RM10,000.00; id 5 bulan penjara |