Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.
Penafian: "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."
Tertuduh | Mohd Najmi Bin Zakaria |
No Pengenalan Diri | 840226-02-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Jabatan Pengangkutan Jalan |
Jawatan | Pegawai Pemeriksa Kereta/Motor |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Mohamad Azriff Firdaus bin Mohamad Ali |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-04-06 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | NA-61R-2-04/2022 | Bahawa kamu, di antara 13/02/2018 hingga 31/05/2019, bertempat di sekitar Seremban, dalam Daerah Seremban, Negeri Sembilan, secara rasuah telah meminta suatu suapan iaitu wang berjumlah RM3,500.00 daripada Cheok Cze Wei, pemilik syarikat Lukut Agency, bagi diri kamu sendiri sebagai dorongan untuk kamu sebagai pegawai badan awam, iaitu Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, iaitu memastikan tiada tindakan penguatkuasaan diambil berkaitan lapan buah kenderaan yang tidak mematuhi notis di bawah seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama. | Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 | Penjara 14 hari dan Denda RM17,500.00; |
Tertuduh | Mohd Syamsul Bin Jikan |
No Pengenalan Diri | 771007-12-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) |
Jawatan | Pembantu Antidadah |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Rozanna binti Abd Hadi |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-04-05 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | PPR-61R-11/3-2018 | Pada bulan Februari 2015, Dipejabat Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC) Papar, No. 7, Batu 30, Jln Papar Beaufort, Papar. dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Quotation Syarikat Abadi Enterprise bernombor QUO15/01/01 bertarikh 28 Februari 2015 dengan nilai RM 6,030.00 yang mana kamu mempunyai sebab mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 471 yang boleh dihukum di bawah seksyen 465 Kanun yang sama. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | Penjara 1 hari dan Denda RM5,000.00 bagi ketiga-tiga pertuduhan. Hukuman penjara berjalan serentak |
2 | Pada bulan Mac 2015, Dipejabat Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC) Papar, No. 7, Batu 30, Jln Papar Beaufort, Papar. dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Quotation Syarikat Abadi Enterprise bernombor QUO15/01/02 bertarikh 4 Mac 2015 dengan nilai RM 9,650.00 yang mana kamu mempunyai sebab mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 471 yang boleh dihukum di bawah seksyen 465 Kanun yang sama. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
3 | Pada bulan April 2015, Dipejabat Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC) Papar, No. 7, Batu 30, Jln Papar Beaufort, Papar. dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Quotation Syarikat Tamin Sports & Souvenirs dengan nilai RM 11,400.00 yang mana kamu mempunyai sebab mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 471 yang boleh dihukum di bawah seksyen 465 Kanun yang sama. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan |
Tertuduh | Koh Mui Huck |
No Pengenalan Diri | 680330-02-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | Bekerja Sendiri |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PP Mohd. Faliq Bin Basirudin |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-04-01 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BKI-62R-33/6-2020 | Pada 7.6.2017, di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah, dengan curangnya telah menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu surat Lexmark East malaysia Distributor bertarikh 7.6.2017 yang kamu ketahui atau kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu dan dokumen palsu tersebut digunakan untuk tujuan mendapatkan perkhidmatan membekal dan menghantar pelbagai jenis toner lexmark di Pejabat Pendaftaran Negara, Negeri Sabah | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | Denda RM80,000.00 |
Tertuduh | Kalu Sheikh |
No Pengenalan Diri | BX 092XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Bangladesh |
Negeri | Pahang |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | |
Jawatan | |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PP Kamariah binti Seman |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-31 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | CA-62R-2-03/2022 | Bahawa kamu pada pada 27/03/2022 jam lebih kurang 06.45 petang di sekitar Lorong Galing 84, berhadapan JS Homestay Bandar Kuantan, Pahang, telah secara rasuah memberi satu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM50.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Lans Koperal Muhammad Suhaimi Bin Alyas, yang bertugas di Balai Polis Ibu Pejabat Daerah Kuantan, sebagai dorongan untuk tidak melakukan satu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal mereka, iaitu untuk tidak mengambil tindakan undang – undang ke atas kamu kerana kesalahan di bawah seksyen 53(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu memandu kenderaan dengan lesen tamat tempoh yang mana kamu boleh dikompaun maksimum sebanyak RM300.00, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574). | Seksyen 214 Kanun Keseksaan | Denda RM1,500.00; gagal bayar 2 bulan penjara |
Tertuduh | Abdul Hadi bin Abu Bakar |
No Pengenalan Diri | 930920-07-XXXX / RF/S 2XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Polis Diraja Malaysia |
Jawatan | Lans Koperal Polis |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Maziyah binti Mansor |
Peguam Bela | 1. En Sheikh Mohd Nasir |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-30 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | AA-61R-16-07/2021 | Bahawa kamu, pada 05 Januari 2020, antara jam lebih kurang 12.30 tengahari hingga 12.45 tengahari, di belakang bangunan Restoran Pelita Nasi Kandar,2, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak, sebagai seorang ejen kepada Polis Diraja Malaysia, iaitu, Lans Koperal Sokongan, yang bertugas di Bahagian MPV (8) Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah, Ipoh, Perak, telah menerima suatu benda berharga , iaitu, wang tunai sebanyak RM200.00 daripada Muhammad Hafizuldin bin Hamzah, yang kamu mengetahui mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu iaitu, tidak membawa Muhammad Hafizuldin bin Hamzah dan Kristina A/P Jali ke Balai Polis atas kesalahan khalwat yang dilakukan pada 30 Disember 2019, yang mana kamu merupakan sebagai anggota polis di Bahagian MPV (8) Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah, Ipoh, Perak, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan. | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM1,500.00; gagal bayar 1 bulan penjara |
Tertuduh | Wan Kamarulbahri bin Wan Roslan |
No Pengenalan Diri | 841121-06-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Swasta |
Majikan | Syarikat Swasta |
Jawatan | Pengurus Kawasan Depot Pelabuhan Klang |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Noryusriza binti Zulkifli |
Peguam Bela | 1. Tuan Muhammad Noor Azfar Bin Noor Azmi (Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-29 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-16-03/2022 | Bahawa kamu pada 26 Ogos 2019, di FGV Transport Services Sdn Bhd, Port Klang, dalam Daerah Klang, dalam Negeri Selangor, dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat permohonan syarikat Kay R Resources (M) Sdn Bhd bertarikh 20.8.2019 untuk mendaftar sebagai sub kontraktor pengangkutan kepada FGV Transport Services Sdn Bhd bagi mengangkut minyak sawit dan baja, yang kamu ketahui, pada masa kamu menggunakannya adalah satu dokumen palsu, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | Penjara 1 hari dan Denda RM20,000.00; gagal bayar 6 bulan penjara |
Tertuduh | Adly bin Kamarudin |
No Pengenalan Diri | 740508-15-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Swasta |
Majikan | Syarikat Swasta |
Jawatan | Ketua Pegawai Eksekutif |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Ahmad Akram bin Gharib 2. TPR Noralis binti Mat 3. TPR Mohd Shahrom Bin Idris |
Peguam Bela | 1. Md Yunos Bin Shariff (Messrs Md Yunos Chambers) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-22 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-39-08/2021 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Pemberitahuan Penerimaan Tender Majlis Perbandaran Seremban bertajuk Tender Untuk Cadangan Membina Bazaar Seremban Untuk Mengganti Gerai-Gerai Di Jalan Lee Sam Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, bertarikh 14 Jun 2012 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | 1. Denda RM3,000,000.00 2. Lucuthak RM5,014,633.24 di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 |
2 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Setuju Terima Tender Lembaga Getah Malaysia bertajuk Tender Untuk Cadangan Kerja-Kerja Buang Dan Buat Baru Premix Jalan Masuk Dan Lapisan Haus Bagi Kawasan Pejabat Di Lembaga Getah Malaysia, Priminis Lakai, 72400 Jelebu, Negeri Sembilan, bertarikh 22 Julai 2013 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
3 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Setujuterima Tender Lembaga Lebuhraya Malaysia bertajuk Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pepasangan Elektrikal Dan Mekanikal Di Bangunan Blok A,B,C,D, E, F Sub-Station dan Pondok Pengawal, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kajang, Selangor Darul Ehsan (2014-2016) No Kontrak : LLM/T/17-347/PTT/2014 bertarikh 15 Mei 2014 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
4 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Setujuterima Tender Majlis Bandaraya Petaling Jaya bertajuk Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Stadium Hoki MBPJ dan Lain-Lain Kerja yang Berkaitan di Jalan Selangor, Petaling Jaya, bertarikh 02 Jun 2015 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
5 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Arahan Mula Kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertajuk Cadangan Naiktaraf dan Ubahsuai kepada Perpustakaan-Perpustakaan di Flat Sri Sabah 3B, Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, PPR Desa Tun Razak Untuk Perpustakaan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(2015/A099) dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
6 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Setujuterima Tender IIUM Properties Sdn Bhd bertajuk Tender Untuk Design And Build, Supply And Install – Proposed Interior Design, Supply And Install Of Built-In, Loose Furniture, Lab Furniture/Benches And Signages At 6 Storey New International Islamic School Malaysia (Primary) Building At IIUM Lower Education Complex, Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Kuala Lumpur For Messrs. International Lower Education Sdn Bhd bertarikh 30 Jun 2016 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
7 | Bahawa kamu dalam bulan Jun tahun 2020, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Redzuan bin Rashid untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Letter Of Award bertajuk Contract Title : Supply, Install and Testing Sanitary Sewerage Systems and Waste Pipes and Other Related Works For Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bertarikh 5 Disember 2016 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
8 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Suhaili binti Padil untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Borang A Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bulan September 2019 untuk Syarikat KSB Global Sdn Bhd dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
9 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Suhaili binti Padil untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Borang A Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bulan Oktober 2019 untuk Syarikat KSB Global Sdn Bhd dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
10 | Bahawa kamu dalam bulan Jun tahun 2020, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Masdiana bt Zainal@Ismail untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Borang A Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bulan Mei 2020 untuk Syarikat Sekilau Bina Sdn Bhd dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan |
Tertuduh | Kamalruzaman bin Mohd Sanusi |
No Pengenalan Diri | 870903-01-XXXX / RF/17XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Polis Diraja Malaysia |
Jawatan | Lans Koperal |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Mohamad Azriff Firdaus bin Mohamad Ali 2. KUP Zainab binti Yahaya |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-17 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | NA-61R-13-08/2021 | Bahawa kamu pada 16.01.2019 jam lebih kurang 10.00 malam, di rumah bernombor 719, Lorong College Heights 12/2, Taman College Heights, Sikamat, dalam Daerah Seremban, di dalam Negeri Sembilan, sebagai seorang penjawat awam, iaitu Lans Koperal Polis yang bertugas di Bahagian PIFOS Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, telah menyetuju terima untuk diri kamu, suatu barang yang berharga iaitu wang tunai berjumlah RM1,000.00 dengan tiada balasan daripada Mohd Faizal bin Abdul Hamid yang mana kamu ketahui beliau mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan. | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM9,000.00; gagal bayar penjara 6 bulan |
2 | Bahawa kamu pada 18.01.2019 jam lebih kurang 10.00 malam, di sekitar kedai kain Jakel, Senawang, dalam Daerah Seremban, di dalam Negeri Sembilan, sebagai seorang penjawat awam, iaitu Lans Koperal Polis yang bertugas di Bahagian PIFOS Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, telah cuba untuk memperoleh untuk diri kamu, suatu barang yang berharga iaitu wang tunai berjumlah RM 700.00, dengan tiada balasan yang mana daripada Mohd Faizal bin Abdul Hamid yang mana kamu ketahui beliau mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan. | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM9,000.00; gagal bayar penjara 6 bulan |