Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.
Penafian: "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."
Tertuduh | Wan Kamarulbahri bin Wan Roslan |
No Pengenalan Diri | 841121-06-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Swasta |
Majikan | Syarikat Swasta |
Jawatan | Pengurus Kawasan Depot Pelabuhan Klang |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Noryusriza binti Zulkifli |
Peguam Bela | 1. Tuan Muhammad Noor Azfar Bin Noor Azmi (Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-29 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-16-03/2022 | Bahawa kamu pada 26 Ogos 2019, di FGV Transport Services Sdn Bhd, Port Klang, dalam Daerah Klang, dalam Negeri Selangor, dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat permohonan syarikat Kay R Resources (M) Sdn Bhd bertarikh 20.8.2019 untuk mendaftar sebagai sub kontraktor pengangkutan kepada FGV Transport Services Sdn Bhd bagi mengangkut minyak sawit dan baja, yang kamu ketahui, pada masa kamu menggunakannya adalah satu dokumen palsu, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | Penjara 1 hari dan Denda RM20,000.00; gagal bayar 6 bulan penjara |
Tertuduh | Adly bin Kamarudin |
No Pengenalan Diri | 740508-15-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Swasta |
Majikan | Syarikat Swasta |
Jawatan | Ketua Pegawai Eksekutif |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Ahmad Akram bin Gharib 2. TPR Noralis binti Mat 3. TPR Mohd Shahrom Bin Idris |
Peguam Bela | 1. Md Yunos Bin Shariff (Messrs Md Yunos Chambers) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-22 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-39-08/2021 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Pemberitahuan Penerimaan Tender Majlis Perbandaran Seremban bertajuk Tender Untuk Cadangan Membina Bazaar Seremban Untuk Mengganti Gerai-Gerai Di Jalan Lee Sam Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, bertarikh 14 Jun 2012 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | 1. Denda RM3,000,000.00 2. Lucuthak RM5,014,633.24 di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 |
2 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Setuju Terima Tender Lembaga Getah Malaysia bertajuk Tender Untuk Cadangan Kerja-Kerja Buang Dan Buat Baru Premix Jalan Masuk Dan Lapisan Haus Bagi Kawasan Pejabat Di Lembaga Getah Malaysia, Priminis Lakai, 72400 Jelebu, Negeri Sembilan, bertarikh 22 Julai 2013 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
3 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Setujuterima Tender Lembaga Lebuhraya Malaysia bertajuk Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Pepasangan Elektrikal Dan Mekanikal Di Bangunan Blok A,B,C,D, E, F Sub-Station dan Pondok Pengawal, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kajang, Selangor Darul Ehsan (2014-2016) No Kontrak : LLM/T/17-347/PTT/2014 bertarikh 15 Mei 2014 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
4 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Setujuterima Tender Majlis Bandaraya Petaling Jaya bertajuk Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Stadium Hoki MBPJ dan Lain-Lain Kerja yang Berkaitan di Jalan Selangor, Petaling Jaya, bertarikh 02 Jun 2015 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
5 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Arahan Mula Kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertajuk Cadangan Naiktaraf dan Ubahsuai kepada Perpustakaan-Perpustakaan di Flat Sri Sabah 3B, Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, PPR Desa Tun Razak Untuk Perpustakaan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(2015/A099) dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
6 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Kairuladha bin Yahaya untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Surat Setujuterima Tender IIUM Properties Sdn Bhd bertajuk Tender Untuk Design And Build, Supply And Install – Proposed Interior Design, Supply And Install Of Built-In, Loose Furniture, Lab Furniture/Benches And Signages At 6 Storey New International Islamic School Malaysia (Primary) Building At IIUM Lower Education Complex, Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Kuala Lumpur For Messrs. International Lower Education Sdn Bhd bertarikh 30 Jun 2016 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
7 | Bahawa kamu dalam bulan Jun tahun 2020, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Redzuan bin Rashid untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Letter Of Award bertajuk Contract Title : Supply, Install and Testing Sanitary Sewerage Systems and Waste Pipes and Other Related Works For Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bertarikh 5 Disember 2016 dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
8 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Suhaili binti Padil untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Borang A Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bulan September 2019 untuk Syarikat KSB Global Sdn Bhd dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
9 | Bahawa kamu dalam bulan Oktober tahun 2019, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Suhaili binti Padil untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Borang A Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bulan Oktober 2019 untuk Syarikat KSB Global Sdn Bhd dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | ||
10 | Bahawa kamu dalam bulan Jun tahun 2020, di Lot 12, Jalan 2/1 G, Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor, telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan Masdiana bt Zainal@Ismail untuk memalsukan suatu dokumen iaitu Borang A Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bulan Mei 2020 untuk Syarikat Sekilau Bina Sdn Bhd dengan maksud supaya ia digunakan bagi tujuan hendak menipu Jabatan Kerja Raya Malaysia. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan |
Tertuduh | Mohamad Amin bin Shahul Hamid |
No Pengenalan Diri | 811110-02-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Mahkamah |
Jawatan | Majistret |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. Dato’ Faridz Gohim bin Abdullah 2. Datuk Wan Shaharuddin bin Wan Ladin |
Peguam Bela | 1. Mohd Azharul bin Ab Talib (Ahmad Rusydi Md Nor & Partners) 2. Sanisvara Nethaji Rayer s/o Rajaji Rayer (R.Nethaji Rayer & Co) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-17 |
Rayuan | Sedang Dirayu |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | CA-61R-19-12/2019 | Bahawa kamu, pada 5 Julai 2019, di PT 644, RPSB Jalan Besar, Kuala Medang, dalam Daerah Raub, dalam Negeri Pahang Darul Makmur, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu seorang Majistret di Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub, telah secara rasuah meminta untuk diri kamu suatu suapan iaitu wang sebanyak RM100,000 daripada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo sebagai dorongan untuk kamu, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lipis untuk mengenakan hukuman denda dan untuk tidak mengenakan hukuman penjara kepada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo yang dituduh di hadapan kamu selaku Majistret atas kesalahan di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana telah didapati memiliki barang yang dilarang impot iaitu Rokok Kretek dan Rokok Putih yang bernilai RM6,613.20 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 | Penjara 12 tahun dan Denda RM500,000.00; gagal bayar penjara 24 bulan Jumlah keseluruhan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1,050,000.00 (ktb: 72 bulan penjara). Hukuman penjara berjalan serentak. Pihak pembelaan memohon untuk penangguhan hukuman sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
2 | CA-61R-19-12/2019 | Bahawa kamu, pada 9 Julai 2019,antara jam lebih kurang 7.00 petang hingga 8.00 malam, bertempat di parkir kereta Taman Bukit Koman, dalam Daerah Raub, dalam Negeri Pahang Darul Makmur, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu seorang Majistret di Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub, telah secara rasuah memperoleh suatu suapan untuk diri kamu, iaitu wang tunai sebanyak RM25,000 daripada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan urusan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengenakan hukuman denda dan tidak mengenakan hukuman penjara kepada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo yang dituduh di hadapan kamu selaku Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lipis atas kesalahan di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana telah didapati memiliki barang yang dilarang impot iaitu Rokok Kretek dan Rokok Putih yang bernilai RM6,613.20 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 | Penjara 8 tahun dan Denda RM125,000.00; gagal bayar penjara 10 bulan Jumlah keseluruhan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1,050,000.00 (ktb: 72 bulan penjara). Hukuman penjara berjalan serentak. Pihak pembelaan memohon untuk penangguhan hukuman sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
3 | CA-61R-19-12/2019 | Bahawa kamu, pada 14 Ogos 2019,bertempat di parkir kereta Taman Bukit Koman, dalam Daerah Raub, dalam Negeri Pahang Darul Makmur, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu seorang Majistret di Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub, telah secara rasuah memperoleh suatu suapan untuk diri kamu, iaitu wang tunai sebanyak RM25,000 daripada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan urusan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengenakan hukuman denda dan tidak mengenakan hukuman penjara kepada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo yang dituduh di hadapan kamu selaku Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lipis atas kesalahan di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana telah didapati memiliki barang yang dilarang impot iaitu Rokok Kretek dan Rokok Putih yang bernilai RM6,613.20 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 | Penjara 9 tahun dan Denda RM125,000.00; gagal bayar penjara 10 bulan Jumlah keseluruhan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1,050,000.00 (ktb: 72 bulan penjara). Hukuman penjara berjalan serentak. Pihak pembelaan memohon untuk penangguhan hukuman sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
4 | CA-61R-20-12/2019 | Bahawa kamu, pada 15 Ogos 2019, bertempat di Hadapan Kedai Runcit Hasyuli Enterprise, No 5, Kawasan Perniagaan Felda Sungai Koyan, dalam Daerah Raub, dalam Negeri Pahang Darul Makmur, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu seorang Majistret di Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub, telah secara rasuah memperoleh suatu suapan untuk diri kamu, iaitu wang tunai sebanyak RM25,000 daripada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan urusan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengenakan hukuman denda dan tidak mengenakan hukuman penjara kepada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo yang dituduh di hadapan kamu selaku Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lipis atas kesalahan di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana telah didapati memiliki barang yang dilarang impot iaitu Rokok Kretek dan Rokok Putih yang bernilai RM6,613.20 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 | Penjara 10 tahun dan Denda RM125,000.00; gagal bayar penjara 10 bulan Jumlah keseluruhan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1,050,000.00 (ktb: 72 bulan penjara). Hukuman penjara berjalan serentak. Pihak pembelaan memohon untuk penangguhan hukuman sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
5 | CA-61R-20-12/2019 | Bahawa kamu, pada 26 September 2019, bertempat di Hadapan Kedai Runcit Hasyuli Enterprise, No 5, Kawasan Perniagaan Felda Sungai Koyan, dalam Daerah Raub, dalam Negeri Pahang Darul Makmur, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu seorang Majistret di Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub, telah secara rasuah memperoleh suatu suapan untuk diri kamu, iaitu wang tunai sebanyak RM10,000 daripada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan urusan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengenakan hukuman denda dan tidak mengenakan hukuman penjara kepada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo yang dituduh di hadapan kamu selaku Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lipis atas kesalahan di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana telah didapati memiliki barang yang dilarang impot iaitu Rokok Kretek dan Rokok Putih yang bernilai RM6,613.20 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 | Penjara 8 tahun dan Denda RM50,000.00; gagal bayar penjara 8 bulan Jumlah keseluruhan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1,050,000.00 (ktb: 72 bulan penjara). Hukuman penjara berjalan serentak. Pihak pembelaan memohon untuk penangguhan hukuman sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
6 | CA-61R-20-12/2019 | Bahawa kamu, pada 22 Oktober 2019, bertempat di Hadapan Kedai Runcit Hasyuli Enterprise, No 5, Kawasan Perniagaan Felda Sungai Koyan, dalam Daerah Raub, dalam Negeri Pahang Darul Makmur, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu seorang Majistret di Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub, telah secara rasuah memperoleh suatu suapan untuk diri kamu, iaitu wang tunai sebanyak RM25,000 daripada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan urusan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengenakan hukuman denda dan tidak mengenakan hukuman penjara kepada Hasan Basri bin Ahmad Sutan Modo yang dituduh di hadapan kamu selaku Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lipis atas kesalahan di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana telah didapati memiliki barang yang dilarang impot iaitu Rokok Kretek dan Rokok Putih yang bernilai RM6,613.20 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 | Penjara 11 tahun dan Denda RM125,000.00; gagal bayar penjara 10 bulan Jumlah keseluruhan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1,050,000.00 (ktb: 72 bulan penjara). Hukuman penjara berjalan serentak. Pihak pembelaan memohon untuk penangguhan hukuman sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
Tertuduh | Kamalruzaman bin Mohd Sanusi |
No Pengenalan Diri | 870903-01-XXXX / RF/17XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Polis Diraja Malaysia |
Jawatan | Lans Koperal |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Mohamad Azriff Firdaus bin Mohamad Ali 2. KUP Zainab binti Yahaya |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-17 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | NA-61R-13-08/2021 | Bahawa kamu pada 16.01.2019 jam lebih kurang 10.00 malam, di rumah bernombor 719, Lorong College Heights 12/2, Taman College Heights, Sikamat, dalam Daerah Seremban, di dalam Negeri Sembilan, sebagai seorang penjawat awam, iaitu Lans Koperal Polis yang bertugas di Bahagian PIFOS Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, telah menyetuju terima untuk diri kamu, suatu barang yang berharga iaitu wang tunai berjumlah RM1,000.00 dengan tiada balasan daripada Mohd Faizal bin Abdul Hamid yang mana kamu ketahui beliau mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan. | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM9,000.00; gagal bayar penjara 6 bulan |
2 | Bahawa kamu pada 18.01.2019 jam lebih kurang 10.00 malam, di sekitar kedai kain Jakel, Senawang, dalam Daerah Seremban, di dalam Negeri Sembilan, sebagai seorang penjawat awam, iaitu Lans Koperal Polis yang bertugas di Bahagian PIFOS Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, telah cuba untuk memperoleh untuk diri kamu, suatu barang yang berharga iaitu wang tunai berjumlah RM 700.00, dengan tiada balasan yang mana daripada Mohd Faizal bin Abdul Hamid yang mana kamu ketahui beliau mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan. | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM9,000.00; gagal bayar penjara 6 bulan |
Tertuduh | Sheikh Hassan bin Sheikh Zainuddin |
No Pengenalan Diri | 650531-06-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
Jawatan | Ketua Balai |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Mohamad Fadhly bin Mohd Zamry 2. TPR Ahmad 'Adha 'Amir Yasser bin Amri 3. TPR Siti Sarah Binti Zainal Abiddin |
Peguam Bela | 1. Dato' Syed Azimal Amir Bin Syed Abu Bakar (Sharif Ridzuan & Co) 2. R.Shankar Gandhi (R.Shankar Gandhi & Associates) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-16 |
Rayuan | Sedang Dirayu |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | CA-61R-2-07/2018 | Bahawa Kamu pada 7 Ogos 2014, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, di dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suapan iaitu kamu membuat suatu keputusan dengan mencadangkan syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui borang permohonan pembelian bagi perkhidmatan dan bekalan/penyelenggaraan & pembaikan kerja-kerja/sewaan/keraian bagi kerja-kerja menyediakan makan dan minum seramai 10 orang sempena Program pembinaan semula rumah terbakar NBOS7 My Beautiful Neighbourhood KPKT tahun 2014 selama 30 hari yang berjumlah RM7,500.00 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang isteri kamu, Norazam binti Harun mempunyai kepentingan secara langsung memandangkan Norazam binti Harun adalah pemilik syarikat tersebut. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 23 Suruhanjaya Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
2 | CA-61R-2-07/2018 | Bahawa kamu pada pertengahan bulan Mac 2014, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suapan iaitu kamu membuat suatu keputusan dengan mencadangkan syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui Borang Permohonan Pembelian bagi Perkhidmatan dan Bekalan/Penyelenggaraan & Pembaikan Kerja-kerja/Sewaan/ Keraian bagi kerja-kerja menyediakan makan dan minum untuk seramai 73 orang bagi operasi kebakaran hutan di daerah Pekan bermula 14/03/2014 sehingga 16/03/2014 yang meliputi sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam berjumlah RM5,475.00 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang isteri kamu, Norazam binti Harun mempunyai kepentingan secara langsung memandangkan Norazam binti Harun adalah pemilik syarikat tersebut. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 23 Suruhanjaya Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
3 | CA-61R-3-07/2018 | Bahawa kamu pada penghujung Mac 2014, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, di dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suatu suapan iaitu wang berjumlah RM5,700.00 bagi isteri kamu iaitu Norazam Binti Harun, pemilik syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise apabila kamu membuat suatu keputusan iaitu mencadangkan syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui Borang Permohonan Pembelian Bagi Perkhidmatan dan Bekalan / Penyelenggaraan dan Pembaikan / Kerja-kerja/Sewaan/Keraian bagi Kerja-kerja Menyediakan Makan dan Minum untuk seramai 76 orang bagi operasi kebakaran hutan di daerah Pekan bermula 29/03/2014 sehingga 31/03/2014 yang meliputi sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam berjumlah RM5,700.00 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang kamu mempunyai kepentingan secara langsung, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
4 | CA-61R-3-07/2018 | Bahawa Kamu pada lebih kurang pertengahan bulan April 2014, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, di dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suapan iaitu kamu membuat suatu keputusan dengan mencadangkan Syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui borang permohonan pembelian bagi perkhidmatan dan bekalan/penyelenggaraan & pembaikan kerja-kerja/sewaan/keraian bagi kerja-kerja menyediakan bekalan barang mentah (basah & kering) sempena operasi kebakaran di PKB Pekan untuk selama 3 hari berjumlah RM1,452.27 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang isteri kamu, Norazam binti Harun mempunyai kepentingan secara langsung memandangkan Norazam binti Harun adalah pemilik syarikat tersebut. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 23 Suruhanjaya Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
5 | CA-61R-4-07/2018 | Bahawa Kamu pada 19 Mei 2014, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, di dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suapan iaitu kamu membuat suatu keputusan dengan mencadangkan syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui borang permohonan pembelian bagi perkhidmatan dan bekalan/penyelenggaraan & pembaikan kerja-kerja/sewaan/keraian bagi kerja-kerja menyediakan makan dan minum bagi seramai 10 orang sempena Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar NBOS7 My Beautiful Neighbourhood, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2014 bermula 17/06/2014 hingga 28/06/2014 selama 11 hari berjumlah RM 2,750.00 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang isteri kamu, Norazam binti Harun mempunyai kepentingan secara langsung memandangkan Norazam binti Harun adalah pemilik syarikat tersebut. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
6 | CA-61R-5-07/2018 | Bahawa kamu pada 10 Disember 2014, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suapan iaitu kamu membuat suatu keputusan dengan mencadangkan Syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui Borang Permohonan Pembelian bagi Perkhidmatan dan Bekalan/Penyelenggaraan & Pembaikan Kerja-kerja/Sewaan/Keraian bagi kerja-kerja menyediakan makan dan minum untuk seramai 43 orang pada 21/12/2014 sempena persiapan tempat Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar NBOS7 My Beautiful Neighbourhood Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2014 pada 22/12/2014 bertempat di No. 388, Lorong Intan 4/6, Peramu Jaya 3, Peramu, Pekan yang meliputi sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam berjumlah RM1,075.00 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang isteri kamu, Norazam binti Harun mempunyai kepentingan secara langsung memandangkan Norazam binti Harun adalah pemilik syarikat tersebut. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
7 | CA-61R-5-07/2018 | Bahawa Kamu pada 11 Disember 2014, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, di dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suapan iaitu kamu membuat suatu keputusan dengan mencadangkan syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui borang permohonan pembelian bagi perkhidmatan dan bekalan/penyelenggaraan & pembaikan kerja-kerja/sewaan/keraian bagi kerja-kerja menyediakan minum petang untuk seramai 250 orang sempena Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek NBOS Peramu pada 22/12/2014 jam 1500 bertempat di No.388, Lorong Intan 4/6, Peramu Jaya 3, Peramu, Pekan berjumlah RM4,720.00 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang isteri kamu, Norazam binti Harun mempunyai kepentingan secara langsung memandangkan Norazam binti Harun adalah pemilik syarikat tersebut. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
8 | CA-61R-6-07/2018 | Bahawa kamu pada 31 Disember 2014, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suapan iaitu kamu membuat suatu keputusan dengan mencadangkan syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui Borang Permohonan Pembelian bagi Perkhidmatan dan Bekalan/Penyelenggaraan & Pembaikan Kerja-kerja/Sewaan/ Keraian bagi kerja-kerja menyediakan bekalan barang mentah (basah dan kering) bagi operasi bencana banjir di Pos Kawalan Bomba (PKB) Peramu, Pekan bermula 29/12/2014 sehingga 02/01/2015 berjumlah RM4,667.42 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang isteri kamu, Norazam binti Harun mempunyai kepentingan secara langsung memandangkan Norazam binti Harun adalah pemilik syarikat tersebut. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 23 Suruhanjaya Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
9 | CA-61R-6-07/2018 | Bahawa kamu pada 03 Ogos 2015, di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dalam Daerah Pekan, dalam Negeri Pahang, sebagai pegawai badan awam iaitu Penolong Kanan Penguasa Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah menggunakan jawatan kamu sebagai Ketua Balai untuk mendapatkan suapan iaitu kamu membuat suatu keputusan dengan mencadangkan syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise melalui Borang Permohonan Pembelian bagi Perkhidmatan dan Bekalan/Penyelenggaraan & Pembaikan Kerja-kerja/Sewaan/ Keraian bagi kerja-kerja menyediakan makan dan minum seramai 20 orang bagi operasi kebakaran hutan di daerah Pekan bermula 01 Ogos 2015 sehingga 03 Ogos 2015 selama 3 hari yang meliputi sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam berjumlah RM1,500.00 yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang isteri kamu, Norazam binti Harun mempunyai kepentingan secara langsung memandangkan Norazam binti Harun adalah pemilik syarikat tersebut. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 23 Suruhanjaya Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 23(3) Akta SPRM 2009 | Penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan Denda RM194,062.10; gagal bayar penjara 60 bulan. Pihak pembelaan memohon penangguhan hukuman denda dan penjara sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi. |
Tertuduh | Low Ken Ree |
No Pengenalan Diri | 780721-07-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | Managing Director |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Noryusriza binti Zulkifli |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-15 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-14-03/2022 | Bahawa kamu, pada 27 Januari 2022, jam lebih kurang 3.18 petang, bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang, Jalan SS12/1, 47500, Subang Jaya, Selangor, dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor, telah diberikan suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM 30,000.00 daripada Siaw Ah Eng (Nombor Passport: K1255XXXX) sebagai dorongan untuk membantu Siaw Ah Eng (Nombor Passport: K1255XXXX) menyelesaikan kes beliau berhubung hasil jualan Syarikat Ace Quantum Enterprise bagi bulan Mac 2020 sehingga Jun 2020 yang tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mana kamu telah melanggar peruntukan seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] kamu telah gagal melaporkan kepada Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Pegawai Polis Diraja Malaysia yang paling hampir berkenaan dengan penerimaan tersebut. Dengan ini, kamu telah melanggar peruntukan Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (2) Akta yang sama. | Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 | Denda RM20,000.00; gagal bayar penjara 6 bulan |
Tertuduh | Mohamad Khairie bin Marzuki |
No Pengenalan Diri | 940827-07-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | P.Pinang |
Kategori | Swasta |
Majikan | Syarikat Swasta |
Jawatan | Runner |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Selvaranjini a/p Selvaraja 2. TPR Mohamad Azlan Bin Basri |
Peguam Bela | 1. Encik Ahmad Zaki |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-15 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | PB-62R-5-08/2021 | Bahawa kamu pada satu tarikh dalam bulan Mac 2017, bertempat di kawasan parkir kenderaan di belakang bangunan Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas, dalam Daerah Barat Daya, Dalam Negeri Pulau Pinang secara rasuah menerima satu suapan iaitu wang tunai RM3,500.00 daripada Noor Amira binti Nordin, sebagai dorongan untuk kononnya, pegawai badan awam di Jabatan Pengangkutan Jalan yang kamu kenal untuk mengeluarkan Lesen Memandu Kelas B2 dan D kepada Noor Amira binti Nordin tanpa beliau perlu melalui ujian memandu, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. | Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 | Penjara 1 hari dan Denda RM17,500.00; gagal bayar penjara 20 bulan |
Tertuduh | Muhamad Muslim bin Mamat |
No Pengenalan Diri | 920429-11-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Pejabat Setiausaha Kerajaan |
Jawatan | Juruteknik |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Farah Yasmin Binti Salleh |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2022-03-14 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | TA-61R1-03/2022 | Bahawa kamu pada 26 Disember 2019, di dalam daerah Kuala Terengganu, di dalam Negeri Terengganu dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen suatu dokumen iaitu Sijil Diploma Rekabentuk Dalaman atas nama Norfarah Najihah binti Mamat yang mana kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 465 Kanun yang sama. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | Denda RM7,000.00; gagal bayar penjara 4 bulan |