Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.
Penafian: "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."
Tertuduh | Azlan bin Dolah |
No Pengenalan Diri | 760903-02-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Majlis Bandaraya Shah Alam |
Jawatan | Pegawai Tadbir |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Fadhli bin Ab Wahab 2. TPR Mohd Aliff bin Shahruzaman 3. TPR Irna Julieza binti Maaras |
Peguam Bela | 1. Encik Azizul Shariman bin Md Yusuf |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-07-28 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-61R-23-07/2021 | Bahawa kamu, pada 13 Jun 2014 jam 5.12 petang, di Cawangan Hong Leong Bank Shah Alam yang beralamat di No. 3, Jalan Takal 15/21, Seksyen 15, Shah Alam, di dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor, sebagai seorang penjawat awam iaitu Pegawai Tadbir (N44) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Kota Kemuning telah menerima suatu barang berharga iaitu wang tunai bernilai RM2,000.00 daripada Mohamad Shaharom Bin Alias melalui cek Hong Leong Bank Berhad bernombor 434211 tanpa sebarang balasan daripada Mohamad Shaharom Bin Alias yang kamu ketahui ianya ada kaitan dengan tugas rasmi kamu sebagai Pegawai Tadbir di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Kota Kemuning iaitu berkenaan dengan baucar bayaran bernombor V2014060270 bertarikh 09.06.2014 bagi tender Perkhidmatan Pembersihan Awam di Zon SA25 (A) Seksyen 32, Shah Alam untuk Majlis Bandaraya Shah Alam dan dengan ini kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM7,000.00; id 3 bulan penjara |
Tertuduh | Erhanhazwan bin Hashim |
No Pengenalan Diri | 850224-14-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri |
Jawatan | Pemandu |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Muaz Ahmad bin Khairuddin 2. PO Mohd Aliff Bin Shaharuzaman |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-07-26 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-61R-13-06/2023 | Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Mac 2021 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor, Bangunan IDCC, Seksyen 15, Tingkat 6.06 Jalan Pahat 15/L, Seksyen 15 40000 Shah Alam, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor dengan niat bersama telah memperdayakan Zeqhty Nattrah Binti Ramli dengan curangnya mendorong Zeqhty Nattrah Binti Ramli untuk menyerahkan salinan kad pengenalan dan salinan geran kereta bernombor pendaftaran WYP5740 dengan mempercayai bahawa kamu akan membaiki kenderaan bernombor pendaftaran WYP5740 tanpa tuntutan insuran yang mana Zeqhty Nattrah Binti Ramli tidak akan lakukan jika tidak diperdayakan sedemikian dan oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 415 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 417 Kanun yang sama. | Seksyen 415 Kanun Keseksaan | Penjara 1 hari dan Denda RM8,000.00; id 8 bulan penjara |
Tertuduh | Mohd Elfie Faizal bin Che Min |
No Pengenalan Diri | 880309-03-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Polis DiRaja Malaysia |
Jawatan | L/Koperal |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Maziyah binti Mansor |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-07-26 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | AA-61R-7-05/2023 | Bahawa kamu, pada 17hb Mei 2017, jam lebih kurang 3.40 petang bertempat di dalam Pejabat Siyian Trading, di alamat 3, Lorong Perusahaan Pengkalan 1,Taman Perindustrian Pengkalan, Taiping, Dalam Daerah Larut Matang dan Selama di dalam Negeri Perak di dalam Negeri Perak, sebagai seorang penjawat awam iaitu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Lans Koperal Polis yang bertugas di Balai Polis Pokok Assam, Taiping, Perak telah menerima untuk diri kamu suatu benda berharga tanpa suatu balasan, iaitu wang tunai berjumlah tiga ratus ringgit (RM300.00) daripada Khor Jin Siang yang kamu ketahui mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu, iaitu supaya kamu tidak mengambil tindakan keatas Khor Jin Siang yang menjalankan perniagaan barang lusuh dengan lesen yang telah tamat tempoh, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan. | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM2,900.00; id 1 bulan penjara |
Tertuduh | Ahmad Akmi bin Mohamad |
No Pengenalan Diri | 830702-06-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Jabatan Hal Ehwal Orang Asli |
Jawatan | Penolong Pegawai Pertanian |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Siti Sarah binti Zainal Abiddin 2. TPR Rif’ah Izzati binti Abdul Mutalif |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-07-26 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | CA-61R-10-05/2022 | Bahawa kamu pada 5 Januari 2022, jam lebih kurang 4.00 petang, di Kedai Makan Mamak Tempoyang, Dalam Daerah Lipis, Dalam Negeri Pahang, telah diberi suapan iaitu wang berjumlah RM200.00 dengan melanggar peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, di mana kamu telah gagal melaporkan pemberian suapan beserta dengan nama pemberi suapan tersebut, iaitu Itbar Ur Rahman, kepada pegawai Suruhanjaya atau Pegawai Polis yang paling hampir. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) Akta yang sama. | Seksyen 25 Akta SPRM 2009 | Denda RM3,000.00; id 12 bulan penjara |
Tertuduh | Ali bin Mochammad |
No Pengenalan Diri | 881031-10-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | Cd Car Care Sdn Bhd |
Jawatan | Pengarah |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Muaz Ahmad bin Khairuddin 2. PO Mohd Aliff Bin Shaharuzaman |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-07-26 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-61R-13-06/2023 | Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Mac 2021 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor, Bangunan IDCC, Seksyen 15, Tingkat 6.06 Jalan Pahat 15/L, Seksyen 15 40000 Shah Alam, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor dengan niat bersama telah memperdayakan Zeqhty Nattrah Binti Ramli dengan curangnya mendorong Zeqhty Nattrah Binti Ramli untuk menyerahkan salinan kad pengenalan dan salinan geran kereta bernombor pendaftaran WYP5740 dengan mempercayai bahawa kamu akan membaiki kenderaan bernombor pendaftaran WYP5740 tanpa tuntutan insuran yang mana Zeqhty Nattrah Binti Ramli tidak akan lakukan jika tidak diperdayakan sedemikian dan oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 415 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 417 Kanun yang sama. | Seksyen 415 Kanun Keseksaan | Penjara 1 hari dan Denda RM8,000.00; id 8 bulan penjara |
Tertuduh | Azmawi bin Zakaria |
No Pengenalan Diri | 750420-08-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia |
Jawatan | Bintara Kanan Maritim |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Rehab binti Abdul Shukor |
Peguam Bela | 1. Burhanudeen bin Abdul Wahid |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-07-23 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | KA-61R-03-02/2022 | Bahawa kamu, pada 16.11.2017, di Malayan Banking Berhad Cawangan Wisma Jelutong beralamat di Ground Floor Wisma Jelutong, No.222 Jalan Jelutong, 11600 Georgetown di dalam Daerah Timur Laut, di dalam Negeri Pulau Pinang, menjadi seorang penjawat awam iaitu Bintara Kanan Maritim yang bertugas di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Kedah telah menerima suatu benda yang berharga iaitu wang berjumlah RM250.00 melalui akaun Maybank bernombor 157438037442 dengan tiada balasan daripada Neo Siang Joo, yang mana kamu mengetahui beliau mempunyai hubungan rasmi dengan jawatan kamu sebagai Bintara Kanan Maritim, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | Denda RM5,000.00 bagi setiap pertuduhan |
2 | Bahawa kamu, pada 24.11.2017, di Malayan Banking Berhad Cawangan Wisma Jelutong beralamat di Ground Floor Wisma Jelutong, No.222 Jalan Jelutong, 11600 Georgetown di dalam Daerah Timur Laut, di dalam Negeri Pulau Pinang, menjadi seorang penjawat awam iaitu Bintara Kanan Maritim yang bertugas di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Kedah telah menerima suatu benda yang berharga iaitu wang berjumlah RM300.00 melalui akaun Maybank bernombor 157438037442 dengan tiada balasan daripada Neo Siang Joo, yang mana kamu mengetahui beliau mempunyai hubungan rasmi dengan jawatan kamu sebagai Bintara Kanan Maritim, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). | Seksyen 165 Kanun Keseksaan | ||
3 | Bahawa kamu, pada 04.12.2017, di Malayan Banking Berhad Cawangan Wisma Jelutong beralamat di Ground Floor Wisma Jelutong, No.222 Jalan Jelutong, 11600 Georgetown di dalam Daerah Timur Laut, di dalam Negeri Pulau Pinang, menjadi seorang penjawat awam iaitu Bintara Kanan Maritim yang bertugas di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Kedah telah menerima suatu benda yang berharga iaitu wang berjumlah RM250.00 melalui akaun Maybank bernombor 157438037442 dengan tiada balasan daripada Neo Siang Joo, yang mana kamu mengetahui beliau mempunyai hubungan rasmi dengan jawatan kamu sebagai Bintara Kanan Maritim, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). | Seksyen 165 Kanun Keseksaan |
Tertuduh | Abdul Rahman Muhammad Akbar |
No Pengenalan Diri | 35419C0XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Myanmar |
Negeri | Kelantan |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | - |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Mariah binti Omar 2. TPR Tengku Nurul Haziqah binti Tuan Yacob |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-07-18 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | DA-62R-1-07/2023 | Bahawa kamu, pada 12.7.2023 jam lebih kurang 6.30 petang bertempat di hadapan Sekolah Rendah Alor Pasir, Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah menawarkan suatu suapan, wang berjumlah RM100.00 kepada seorang penjawat awam iatu, Kpl Muhammad Sharil bin Sidiki yang bertugas di Balai Polis Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan, untuk tidak menahan kamu yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iatu tidak memiliki lesen memandu yang sah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. | Seksyen 214 Kanun Keseksaan | Denda RM3,000.00 |
Tertuduh | Hafizullah Abdul Hakim |
No Pengenalan Diri | 354-19V0XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Myanmar |
Negeri | Kelantan |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | - |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Mariah binti Omar 2. TPR Tengku Nurul Haziqah binti Tuan Yacob |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2023-07-18 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | DA-62R-2-07/2023 | Bahawa kamu, pada 12.7.2023 jam lebih kurang 09.05 malam bertempat di Balai Polis Bukit Panau, Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan telah menawarkan suatu suapan, wang berjumlah RM100.00 kepada seorang penjawat awam iaitu, Kpl Muhammad Sharil bin Sidiki yang bertugas di Balai Polis Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan, untuk tidak mengambil tindakan kepada Abdul Rahman Muhammad Akbar UNHCR NO.354-19C07190 iaitu adik kamu yang tidak memiliki lesen memandu yang sah di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. | Seksyen 214 Kanun Keseksaan | Denda RM3,000.00; id 20 hari penjara |