Galeri Maklum Balas e-Penyertaan

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/ cadangan/ pertanyaan berkenaan perkhidmatan kami.

Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Showing 13-16 of 16 items.
#TARIKHEMELPERKARA [ Maklum Balas/Pertanyaan/Aduan/Cadangan]MAKLUM BALAS AGENSI
1323-12-2019harithihsan79@gmail.comDi sini saya ingin bertanya sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi perkhidmatan latihan praktikal kepada mahasiswa

Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih dia atas minat tuan/puan untuk menjalani latihan praktikal di Suruhanjaya ini.

Untuk makluman tuan/puan, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengambil jurusan yang bersesuaian dengan fungsi dan kriteria Suruhanjaya ini.

Oleh yang demikian, tuan/puan boleh mengemukakan resume, transkrip akademik dan surat permohonan dari institut pengajian tinggi ke pengambilan@sprm.gov.my untuk pertimbangan pihak kami.

1408-05-2019fytan@tourism.gov.mySaya cuba akses portal MACA untuk pendaftaran kursus anjuran Sekolah Penyiasatan dan Forensik tetapi tidak menjumpai Borang Permohonan Kursus di portal. Can you guide me? Terima kasih.

Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas minat tuan/puan terhadap kursus di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Untuk makluman tuan/puan, kursus anjuran Sekolah Penyiasatan dan Forensik, MACA tidak dibuka kepada pihak luar dan tertakluk kepada pegawai SPRM sahaja.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat agensi kerajaan atau swasta yang berminat untuk mengadakan kursus siasatan dengan pihak MACA agensi terbabit boleh membuat permohonan kepada Pengarah MACA.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi Ketua Sekolah Penyiasatan dan Forensik (MACA), Puan Umi Kalusom Ahmad di talian 03-62092934 / 016-3298627 atau PPs Nor Muhammad Shafiq Abdul Aziz di talian 03-62092933 / 017 - 9118296.

1502-04-2019wcchuie@rocketmail.comTuan, Saya ingin tahu cara untuk menyertai sahabat gerah. Terima kasih.Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih dia atas minat tuan/puan untuk menjadi ahli Sahabat GERAH.Untuk makluman tuan/puan, pada masa ini permohonan secara atas talian (online) untuk menjadi Sahabat GERAH telah ditutup buat sementara waktu. Perkara ini adalah disebabkan oleh Sistem Pengkalan Data Sahabat GERAH dalam proses penyelenggaraan.Permohonan secara atas talian akan dibuka semula selepas kerja-kerja penyelengaraan selesai.Oleh yang demikian, tuan/puan boleh menghubungi pihak Urusetia Sahabat Gerah di talian 03-8891 1500 atau melalui emel sahabat.gerah@sprm.gov.my
1629-01-2019 munie995@gmail.comSaya ada memohon jawatan pegawai siasatan dan CGPA saya 3.39 tetapi saya tidak terpilih untuk menjalani ujian fizikal.Manakala kawan saya mendapat CGPA bawah daripada saya mendapat panggilan ujian fizikal. Adakah kelayakan saya tidak memenuhi spesifikasi SPRM?Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih dia atas minat tuan/puan untuk berkhidmat dengan Suruhanjaya ini.Untuk makluman tuan/puan, segala urusan pengambilan dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik.Pertimbangan untuk urusan selanjutnya perlu mengambil kira bidang pengkhususan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak SPRM. Oleh yang demikian, tuan/puan boleh menghubungi pihak SPA di talian 03-8885 6000 atau merujuk laman sesawang SPA iaitu http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tug as/diploma2/2051bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan lantikan serta deskripsi tugas bagi jawatan Pegawai Siasatan Gred P41.