Galeri Maklum Balas e-Penyertaan

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/ cadangan/ pertanyaan berkenaan perkhidmatan kami.

Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Showing 9-12 of 16 items.
#TARIKHEMELPERKARA [ Maklum Balas/Pertanyaan/Aduan/Cadangan]MAKLUM BALAS AGENSI
923-08-2021rebut95ac@gmail.comAdakah terdapat had perbezaan jantina dan umur untuk proses pengambilan pegawai SPRM? Berapakah usia maksimum untuk melayakkan diri sebagai pemohon? Terima kasih

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami.

Untuk makluman Tuan/Puan, sebarang urusan pengambilan Pegawai Siasatan di SPRM adalah diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Manakala bagi menjawab pertanyaan Tuan/Puan berkaitan had jantina dan umur untuk calon permohonan Pegawai SPRM ia adalah tertakluk kepada terma dan syarat SPA dari semasa ke semasa.


1012-08-2021m.zakrimdjais6061@gmail.comAssalamualaikum, dan selamat sejahtera, sy ingin mengetahui kriteria untuk menyertai sebahagian dalam jawatan SPRM? apakah syarat yg perlu sy lalui untuk menjadi ahli tersebut? Kerjasama tuan puan amat sy hargai terima kasih,

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami

Untuk makluman pihak Tuan/Puan, sebarang urusan jawatan kosong SPRM, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di talian 03-8091 9000 atau merujuk laman sesawang SPA iaitu http://www.spa.gov.my.


1115-07-2021sivapragasamvellu@gmail.comBoleh saya menjadi pegawai SPRM tanpa gaji ?secara sukarelawan ? tolong nasihat

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami. Untuk makluman pihak Tuan, sehingga ke hari ini pihak SPRM tidak pernah mewujudkan jawatan sukarelawan di organisasi ini.


1225-02-2020hafizirosman@gmail.comBoleh saya tahu jawatan kekosongan (kontrak) SPRM sekiranya terdapat sebarang berita?

Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas minat tuan/puan untuk berkhidmat dengan Suruhanjaya ini.Untuk makluman tuan/puan, SPRM dari semasa ke semasa akan melaksanakan urusan pengambilan bagi pelantikan secara kontrak perkhidmatan berdasarkan keperluan tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Beberapa kriteria tersebut ialah individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut: (i) Mempunyai ketrampilan yang baik; (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai bakat kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesional yang sesuai dengan jawatan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan.