Galeri Maklum Balas e-Penyertaan

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/ cadangan/ pertanyaan berkenaan perkhidmatan kami.

Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Showing 5-8 of 16 items.
#TARIKHEMELPERKARA [ Maklum Balas/Pertanyaan/Aduan/Cadangan]MAKLUM BALAS AGENSI
529-11-2021m.zulhilmi@moh.gov.myTEMPAHAN DEWAN/ BILIK UNTUK MEMBUAT BENGKEL/SEMINAR BAGI PETUGAS KESIHATAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami.

Untuk makluman, pihak SPRM tidak mengambil tempahan dewan/bilik bagi mengadakan sebarang bengkel ataupun seminar di ruang fasiliti bangunan ini.

Namun, sekiranya pihak Tuan berminat untuk mengadakan Program/Ceramah/ Taklimat/Lawatan di SPRM, sila layari https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=80

618-11-2021saidatul@agc.gov.mySAYA MASIH BELUM MENERIMA SURAT LANTIKAN/ KAD AHLI GERAKAN REVOLUSI ANTI RASUAH (GERAH). MOHON SEMAKAN DARI PIHAK TUAN/ PUAN. SAIDATUL AKMAR BINTI ABU HASAN 880808-04-5294 SEKIAN, TERIMA KASIH.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami.

Untuk makluman, rekod status keahlian Tuan/Puan telah disemak dan didapati bahawa keahlian Tuan/Puan telah diluluskan di mana kad ahli telah dipos pada bulan Mac 2018 ke alamat berikut seperti yang didaftar dalam borang pendaftaran:

 

NO 1, JALAN SERIPAYA, PAYA RUMPUT, TAMAN SERI PAYA RUMPUT, MELAKA

 

Berkaitan Sahabat Gerah tidak lagi dibuka untuk pendaftaran baru dan kami tidak lagi memproses sebarang kad baru atau kad gantian. Terima kasih diucapkan kepada Tuan/Puan kerana menyokong usaha pencegahan rasuah.

 

Untuk makluman lanjut, sila layari www.sprm.gov.my bagi mendapatkan sebarangi nformasi mengenai SPRM dan pencegahan rasuah.


727-10-2021arfa_dila85@yahoo.comKenapa Pendidikan mengenai Rasuah tidak diterapkan didalam Pendidikan disekolah

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami.

Untuk makluman pihak Tuan/Puan, pendidikan merupakan salah satu daripada strategi serampang tiga mata SPRM berdasarkan kepada Seksyen 7 Akta SPRM 2009. Strategi ini dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat mengikut Seksyen 7(f) dan Seksyen 7(g) Akta SPRM 2009 iaitu mendidik serta mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam usaha memerangi rasuah.

Manakala pendidikan mengenai rasuah telah diperkenalkan di peringkat sekolah. Modul pembelajaran antirasuah di peringkat sekolah berjaya diserapkan dalam buku teks dan ini adalah usaha yang cukup baik antara usahasama dari pihak kementerian pendidikan dan SPRM.

Antara modul pencegahan rasuah yang diterapkan bagi pelajar darjah 3 di dalam buku teks Bahasa Melayu (SJK Cina) adalah berkaitan Pengenalan Mengenai Rasuah dan SPRM yang dipekenalkan pada tahun 2019 manakala kandungan buku teks Bahasa Melayu (SK) dimasukkan bagi pelajar darjah 4 bertajuk Program Wira Anti Rasuah (WAR) pada tahun 2020,kandungan buku teks bagi pelajar darjah 6 diperkenalkan pada tahun 2016 di masukkan elemen rasuah dalam buku teks pendidikan Islam untuk tajuk Hindari Rasuah, Pendidikan Moral (SK) bagi tajuk Nilai Jujur (Eleman Antirasuah) serta Pendidikan Moral (SJK Cina dan Tamil) bagi tajuk Pengenalan Mengenai Rasuah dan SPRM. Selain itu, modul buku teks Pendidikan Moral tingkatan 1 dan 2 diperkenalkan di sekolah bagi tajuk Pencegahan Rasuah pada 2017 dan 2018.

Subjek/kursus integriti dan rasuah juga telah diperkenalkan di universiti awam dan swasta mulai 2017 sehingga kini, dan kini sedang ditawarkan sebagai kursus elektif di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan 12 universiti di bawah MARA.



820-10-2021andersonphuroh@yahoo.com.sgIngin tahu seluas mana Integriti penjawat awam selain Integriti rasuah

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan kepada pihak kami.

Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Siasatan SPRM adalah tertakluk kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009. Bagi maksud integriti kehadiran dan pelaksanaan tugas, ianya tidak tertakluk di bawah AktaSPRM 2009. Kesalahan tersebut merupakan kesalahan di bawah Peraturan-PeraturanPegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 dan boleh dirujuk kepada Unit Integriti di jabatan masing-masing. Manakala, perkhidmatan awam berpengaruh secara langsung dalam kehidupan rakyat. Setiap penjawat awam yang berkhidmat perlu kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas demi memenuhi pandangan rakyat yang semakin mencabar seiring dengan kemajuan masa kini.

Oleh itu, penjawat awam dituntut untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bersifat amanah. Namun, elemen integriti penjawat awam tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu wujud dalam setiap individu masing-masing dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi mengelakkan berlakunya ruang dan peluang daripada berlakunya ketirisan dalam tadbir urus organisasi.

Antara elemen-elemen integriti penjawat awam ialah: 


1.Amanah
2. Ikhlas
3. Tekun
4. Berdisiplin
5. Sabar
6. Adil
7. Patuh dan taat
8. Boleh dipercayai
9. Jati diri


Untuk makluman lanjut, sekiranya Tuan/Puan merupakan penjawat awam, mohon kemukakan pertanyaan kepada Unit Integriti Jabatan atau boleh melayari laman portal www.jpa.gov.my