Open Public Access Catologing (OPAC MACA) - KOHA MACA
Seiring dengan perkembangan perpustakaan masa kini yang menuju ke era digital, Perpustakaan MACA turut mengambil langkah untuk mengimplementasikan sistem perpustakaan (KOHA) di perpustakaan untuk menjalankan kerja-kerja perolehan, pengkatalogan, pengkelasan, perkhidmatan pencarian bahan atas talian (OPAC), transaksi pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan. Perpustakaan turut menyediakan perkhidmatan seperti rujukan, pinjaman, pencarian maklumat dan khidmat pelanggan.
Perpustakaan MACA mempunyai koleksi perpustakaan meliputi pelbagai kategori, seperti buku, jurnal, majalah, majalah berjilid, kertas kerja, laporan, kajian, keratan akhbar dan foto. Sehingga kini mempunyai koleksi berjumlah melebihi tiga ribu judul bahan mengenai rasuah, integriti, akauntabiliti dan pengurusan sama ada tempatan atau luar negara.