Kerjasama Antarabangsa

MACA juga diwujudkan untuk menyumbang kepada cetusan kesedaran di peringkat global tentang keburukan rasuah. Selaras dengan visinya untuk menjadi pusat pembelajaran utama bagi pencegahan rasuah, MACA akan mendapatkan kerjasama di peringkat antarabangsa dalam merangka program latihan yang baik. Ini akan dicapai melalui 'perjanjian dua hala' dan 'berbagai hala' dengan negara-negara dan antiti-entiti antarabangsa yang mempunyai objektif yang sama, seperti:

  • Agensi Pencegahan Rasuah ASEAN (Perjanjian Berbagai Hala):Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), PUSPAKOM Sdn Bhd, Kementerian Sumber Manusia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Malaysia Timber Industry Board (MTIB), Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia (JBPM), Amanah Raya Berhad (ARB), PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Sime Darby dan sebagainya;
  • Organisasi Antarabangsa: The Organization of the Islamic Conference (OIC), Asia-Pasific Economic Co-operation (APEC), The Commonwealth Secretariat, Asia Development Bank (ADB), Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), World Bank and United Nation Convention Against Corruption (UNCAC).
  • Organisasi Antarabangsa: SPRM telah menjalin kerjasama erat dengan Nottingham Trent University (NTU) United Kingdom dengan memeterai Memorandum Pelaksanaan Program Akreditasi Kursus Asas Pegawai SPRM pada 23 Oktober 2017 setelah mendapat kelulusan kerajaan Malaysia. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Y.Bhg Tan Sri Dzulkifli bin Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Profesor Cillian Ryan, Pro Vice Cansellor Nottingham Trent University (NTU) di Nottingham Trent University (NTU), United Kingdom. Program tersebut direalisasikan demi mencapai objektif untuk meningkatkan kompetensi, kelayakan dan daya saing pegawai lantikan baharu SPRM serta menepati keperluan profesion pembanterasan rasuah domestik dan antarabangsa. Program Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies bagi Pegawai SPRM Gred P29 yang telah mendapat pengiktirafan oleh Quality Assurance Agency (QAA) United Kingdom dan setanding dengan Profesional Diploma United Kingdom dilaksanakan bermula daripada tahun 2018. Manakala Program Graduate Certificate in International Law Enforcement: Anti-Corruption Leadership Gred P41 masih dalam perancangan untuk dilaksanakan.
Hit : 8965
 

PAUTAN