PENGUATKUASAAN

Logo
PENGENALAN

Strategi penguatkuasaan merupakan salah satu daripada strategi serampang tiga mata SPRM berdasarkan kepada Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan memainkan pelbagai peranan penting antaranya menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, memproses dan menguruskan maklumat serta mengendalikan kes-kes perbicaraan yang diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Logo
Perlindungan Pemberi Maklumat

Merupakan satu akta untuk menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain. Akta ini akan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan memudaratkan akibat daripada pendedahan yang telah dibuat.

Logo
Perlindungan Saksi

Akta perlindungan saksi 2009 (Akta 696) telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Mac 2009 dan di Dewan Negara pada 8 April 2009. Tarikh permulaan kuatkuasa akta ini adalah pada 15 April 2010. Akta ini bertujuan untuk mewujudkan suatu program perlindungan saksi dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

PAUTAN