Pusat Sumber

PERPUSTAKAAN SPRM

Alamat:
Aras 4, Blok A,
Ibu Pejabat SPRM
No 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya

Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat)

Perpustakaan SPRM kini menggunakan sistem KOHA yang merupakan sebuah sistem perpustakaan bagi memudahkan warga SPRM untuk melihat buku-buku yang terdapat di perpustakaan dan kedudukannya di rak. Pengguna juga boleh membuat tempahan untuk meminjam dan memperbaharui tempoh pinjaman buku melalui sistem tersebut tanpa perlu ke perpustakaan dengan hanya akses ke link berikut: https://macclibrary.sprm.gov.my

Setiap pengguna diberikan kemudahan untuk meminjam sebanyak enam (6) buah jenis bahan bacaan di perpustakaan yang terdiri dari buku, majalah, jurnal, buletin dan lain-lain selama 14 hari bekerja serta dibenarkan memohon pelanjutan tempoh pinjaman sebanyak dua (2) kali.