Pendidikan Antirasuah

Pendidikan merupakan salah satu daripada tiga strategi SPRM. Pelaksanaan strategi ini berdasarkan peruntukan undang-undang berikut:

  • Seksyen 7(f) Akta SPRM 2009 - mendidik orang ramai menentang rasuah
  • Seksyen 7(g) Akta SPRM 2009 - mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

Fokus utama aktiviti pendidikan ialah menyampaikan maklumat antirasuah secara berterusan kepada setiap lapisan masyarakat, seterusnya meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Program dan aktiviti pendidikan dilaksanakan di seluruh negara melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM (peringkat Ibu Pejabat) dan Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri (peringkat negeri-negeri).

Keberkesanan program dan aktiviti masyarakat diukur melalui Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah oleh SPRM yang dilaksanakan setiap tahun. Dapatan kajian ini akan digunakan untuk memperbaiki dan mengukuhkan strategi, pendekatan, serta inisiatif pendidikan dari semasa ke sama.

Objektif Pendidikan
  • Meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009, impak rasuah dan langkah-langkah mencegah jenayah rasuah
  • Memperjelaskan isu-isu semasa berkaitan rasuah bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap SPRM
  • Membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab dalam memerangi rasuah; dan
  • Menyemai nilai integriti dan antirasuah dalam setiap lapisan masyarakat
Pendekatan

SPRM menggunakan dua pendekatan utama dalam mendidik masyarakat mengenai rasuah iaitu:

  1. Program bersemuka
    • Konvensyen/Forum
    • Diskusi Meja Bulat
    • Bengkel/Seminar
    • Pameran
    • Ceramah/Taklimat
    • Program Turun Padang/Lawatan
  2. Hebahan mesej melalui saluran media
    • Facebook SPRM
    • Instagram SPRM
    • Twitter SPRM
    • TikTok SPRM
    • Radio MACC.fm
    • Paparan Informasi (Billboard)
Kumpulan Sasaran

Pelaksanaan aktiviti pendidikan disasarkan kepada kepada kumpulan-kumpuan berikut:

  1. Agensi Awam
    Program/Aktiviti antirasuah melibatkan Kementerian/Jabatan dan badan berkanun (sama ada peringkat persekutuan atau negeri) diselaraskan oleh Cawangan Kerajaan, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

    Contoh aktiviti adalah seminar, forum, bengkel, ceramah, Ikrar Bebas Rasuah (IBR), program turun padang, lawatan ke SPRM dan lain-lain.
  2. Sektor Swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    Program/Aktiviti antirasuah melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (sama ada peringkat persekutuan atau negeri) dan Sektor Swasta (syarikat tempatan atau luar negara) diselaraskan oleh Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

    Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seminar, forum, taklimat liabiliti korporat, bengkel, ceramah, Ikrar Bebas Rasuah (IBR), program turun padang, lawatan ke SPRM dan lain-lain.
  3. Sosiobudaya dan Politik
    Program/Aktiviti antirasuah melibatkan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik diselaraskan oleh Cawangan Sosiobudaya, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

    Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seminar, forum, bengkel, ceramah, Ikrar Bebas Rasuah (IBR), program turun padang, program kemasyarakatan dan lain-lain.
  4. Pendidikan (IPT dan Sekolah)
    • Pengajian Tinggi
      Program/Aktiviti antirasuah melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi awam dan swasta diselaraskan oleh Seksyen Pengajian Tinggi, Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

      Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seminar, forum, bengkel, ceramah, aktiviti Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR), program turun padang, program kemasyarakatan dan lain-lain.
    • Sekolah Rendah dan Menengah
      Program/Aktiviti antirasuah melibatkan murid sekolah rendah dan menengah diselaraskan oleh Seksyen Sekolah, Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

      Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seminar, forum, bengkel, ceramah, aktiviti, program turun padang, program kemasyarakatan dan lain-lain.
      Program utama yang dilaksanakan adalah Wira Anti Rasuah (WAR). Program yang bermula tahun 2014 ini adalah hasil kerjasama antara SPRM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Maklumat Lanjut

Senarai pegawai untuk dihubungi mengikut kumpulan sasar seperti berikut:

Kumpulan Sasaran Pegawai Dihubungi E-mel/No. Tel
Sektor Awam (Kerajaan) PKPj Samsul bin Salip 03-8891 1415
Sektor Swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) PKPj Hasraff bin Hashim 03-8891 1947
Sosiobudaya dan Politik PKPj Ramli bin Hassan 03-8891 1419
Pendidikan (IPT dan Sekolah) PKPj Mohd Nur Lokman bin Samingan 03-8891 1421
Promosi & Publisiti (Pameran) Tuan Helmy bin Hamid 03-8891 1435
Hit : 46097