Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bertanggungjawab mengendalikan program latihan dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme kakitangan dan pegawai SPRM. MACA bertanggungjawab menyediakan program latihan dalam pelbagai bidang seperti penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pencegahan, perundingan dan pengurusan. Bahagian ini terdiri daripada beberapa pusat dan sekolah yang bertanggungjawab terhadap bidang masing-masing seperti berikut:

  • Pusat Pengajian Antarabangsa
  • Pusat Latihan Asas
  • Pusat Pematuhan Pencegahan Rasuah Korporat
  • Pusat Pembangunan Integriti Korporat
  • Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Korporat
  • Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan SPRM
  • Sekolah Penyiasatan dan Forensik
  • Sekolah Perisikan dan Pengesanan
  • Sekolah Perundangan dan Pendakwaan
  • Sekolah Pencegahan Rasuah dan Pengurusan
  • Bahagian Pengurusan
  • Pusat Bahasa MACA
  • Pusat Sekretariat Akreditasi

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian:

Bil.  Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pegawai Perhubungan 03-6209 2801 ppg1
Hit : 42819