Bidang Kuasa & Akta

Bidang Kuasa

bidanggkuasa

Selaras dengan kewujudannya sebagai entiti tunggal pencegahan rasuah di Malaysia, bidang kuasa perundangan SPRM di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah khusus untuk menyiasat dan mencegah sebarang bentuk perlakuan rasuah serta salahguna kuasa.

Akta SPRM 2009, juga memperuntukkan kuasa kepada SPRM untuk menyiasat mana-mana kesalahan di bawah akta-akta lain yang disenaraikan sebagai “Kesalahan Ditetapkan” seperti berikut:-

  • Kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 161, 162, 163, 164, 165, 213, 214, 215, 384, 385, 386, 387, 388, 389, 403, 404, 405, 406, 407, 408, 409, 417, 418, 419, 420, 465, 466, 467, 468, 469, 471, 472, 473, 474, 475, 476 dan 477A Kanun Keseksaan;
  • Kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 137 Akta Kastam 1954;
  • Kesalahan di bawah Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954;
  • Sesuatu percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c); atau
  • Sesuatu persubahatan atau komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditarifkan dalam Kanun Keseksaan) mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c), sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya.

Senarai Rujukan Undang-undang dan Akta

  1. Perlembagaan Persekutuan
  2. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
  3. Akta Pencegahan Rasuah 1997
  4. Kanun Keseksaan (Akta 574)
  5. Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) 
  6. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91)
  7. Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
  8. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)
  9. Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696)
  10. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)
  11. Kaedah-Kaedah Tatacara Jenayah (Kadar Bayaran Kepada Saksi) 2011
  12. Penetapan Lokap Sebagai Tempat Pengurungan (Warta Kerajaan)
  13. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 (Akta A1567)
Hit : 193294