Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat

Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) mempunyai enam (6) Cawangan iaitu:

Pengurusan Maklumat

Bertanggungjawab untuk menerima dan memproses maklumat yang diterima melalui pelbagai sumber

Rekod Operasi

Bertanggungjawab untuk memproses dan menyimpan dengan selamat semua dokumen terperingkat SPRM

Tapisan Keutuhan

Bertanggungjawab untuk menerima dan memproses permohonan tapisan keutuhan SPRM

Perisytiharan Harta & Statistik
  • Bertanggungjawab untuk menerima dan merekodkan Borang Maklumat Perisytiharan Harta dan Penerimaan Hadiah Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen
  • Bertanggungjawab untuk menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM
Aplikasi Rekod

Bertanggungjawab untuk mengurus dan memastikan Sistem Teras SPRM berfungsi sepenuhnya

Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Bertanggungjawab untuk mentadbir keselamatan data dan sistem-sistem dalam rangkaian SPRM;dan
  • Bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem komputer

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian :

Bil  Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pegawai Perhubungan  03-8870 0031 ppr1
Hit : 16351