Bahagian Perundangan dan Pendakwaan

Bahagian Perundangan dan Pendakwaan merupakan Bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan pendakwaan serta perbicaraan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa di Mahkamah. Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang. Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan memberi nasihat perundangan yang sewajarnya.

Bahagian ini mempunyai struktur organisasi seperti yang berikut:

  • Cawangan Bicara 1
  • Cawangan Bicara 2
  • Cawangan Pelucuthakan Harta & Pengubahan Wang Haram
  • Cawangan Rayuan
  • Cawangan Perundangan Dan Korporat
  • Cawangan Rekod & Pengurusan

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel(@sprm.gov.my)
 1. Pegawai Perhubungan 03-8870 0013 ppe1
Hit : 20506