Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) berperanan menjalankan pemeriksaan dan perundingan bagi mengatasi kelemahan- kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja sesebuah organisasi bagi menutup ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah dan meningkatkan amalan tadbir urus baik. BPMP melaksanakan tanggungjawab ini berpandukan peruntukan Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009):

Seksyen 7 (c): 
Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah ASPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah
Seksyen 7 (d): 
Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu.
Seksyen 7 (e): 

Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem, dan tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah.

Teras Perkhidmatan BPMP

Bagi melaksanakan aktiviti ini, BPMP menyediakan beberapa perkhidmatan teras seperti berikut:

  1. Pemeriksaan dan Perundingan serta Khidmat Nasihat
  2. Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)
  3. Pengurusan Risiko Rasuah (CRM)
  4. Ikrar Integriti Korporat (CIP)
  5. Taklimat Liabiliti Korporat
  6. Pusat Informasi Hadiah

CPRK (Cawangan Pengurusan Rekod dan Keurusetiaan) memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan keurusetiaan, perancangan, penyelarasan, pentadbiran dan kewangan bagi menyokong pelaksanaan perkhidmatan teras di Bahagian ini.

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian :

Bil. Nama No Telefon Emel(@sprm.gov.my)
1. Pegawai Perhubungan 03-8870 0035 pph1
Hit : 18215