Panel Penilaian Operasi

Panel Penilaian Operasi

Panel Penilaian Operasi (PPO) diwujudkan secara pentadbiran dan ahli-ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional yang bersesuaian serta individu yang berupaya memperlihatkan ketelusan dan kebebasan tindakan oleh Suruhanjaya.

PPO adalah mekanisme ‘check and balance’ terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup.

PPO juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuashati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh SPRM.

Terma Rujukan Panel Penilaian Operasi
  1. Menerima dan mendapatkan penjelasan berhubung perangkaan Kertas Siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya;
  2. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang mana tempoh siasatan melebihi tempoh 12 bulan;
  3. Menerima laporan daripada Suruhanjaya berhubung semua kes di mana Orang Yang Ditangkap yang dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya melebihi 6 bulan;
  4. Menerima laporan Kertas Siasatan Suruhanjaya yang telah berkeputusan untuk dihentikan siasatan dan memberi pandangan:
    1. untuk penambahbaikan siasatan atas sebab kelemahan siasatan;
    2. untuk menyemak semula sekiranya siasatan tersebut memerlukan siasatan lanjut; dan
  5. Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya.
Keanggotaan Panel Penilaian Operasi

Keanggotaan PPO bagi sesi 1 April 2022 – 31 Mac 2024 adalah seperti berikut:

  1. YBhg. Dato' Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)
  2. YBhg. Dato' Mohd Faudzi Hj. Che Mat
  3. YBhg. Dato' Abdul Manap Dim
  4. YBhg. Dato' Indera Azimah Abdul Hamid
  5. YBrs. Dr. Hj. Mazlan Haji Ahmad
Sekretariat Panel Penilaian Operasi

Aras 17, Blok C, Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel: allppo@sprm.gov.my
Tel: +603-8870 0229 / PKPs Noor Zaini binti Zakaria
Faks: +603-8870 0909

Hit : 7580