28 Julai 2021 (3.00-5.00ptg) ~ Telah berlangsung Pengumuman Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Mahasiswa secara dalam talian menerusi Portal, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Harian anjuran SPRM dengan kerjasama UPM, YARM, AMAR, MARI, USAID, U.S EMBASSY KL, SINAR HARIAN dan RASUAH BUSTERS.
2. Program ini dimulakan dengan ‘Sesi Pembentangan Hasil Kajian’ oleh Pembentang Pertama iaitu Puan Norhaflinda bt Mohd Sahabuddin, Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Mahasiswa Kedoktoran Pendidikan, USM merangkap Ahli Jawatankuasa YARM diikuti oleh Pembentang Kedua iaitu Prof. Madya Dr Haliza bt Abdul Rahman, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pembentang ketiga pula oleh Prof. Madya Dr Akmar Hayati bt Ahmad Ghazali, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan disudahi pembentangan oleh Pembentang Keempat selaku Ketua Penyelidik iaitu Prof. Madya Dr Hanina Halimatusaadiah bt Hamsan, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) UPM.
2. Sesi Perkongsian “Analisa dan Solusi Rasuah” kemudiannya diteruskan dengan menampilkan 2 org panel yg terdiri daripada Panel Pertama iaitu Encik Mohd Firdaus Ramlan, Mantan Majistret, Graduan Undang-Undang UiTM dan Panel Kedua iaitu Datuk Seri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
3. Program diakhiri dengan perkongsian oleh Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Pasukan Rasuah Busters.
4. Program ini telah dijalankan menerusi 4 platform media sosial iaitu Portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my, Facebook Sinar Harian, Twitter Sinar Harian dan Youtube Sinar Harian. Jumlah keseluruhan yang telah menonton siaran langsung tersebut adalah sebanyak 9,300 viewes.
5. AJK Program mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli AMAR Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara yang membantu bertungkus lumus bertindak sebagai sukarelawan @ ‘enumerator’ dalam mendapatkan responden dan menjayakan Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Mahasiswa.
KUANTAN, 24 JULAI 2021 – Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM), Kuantan dengan kerjasama SPRM Negeri Pahang telah menganjurkan Program Engagement Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) kepada 15 orang ahli jawatankuasa baru yang dilantik bagi sesi 2021. Turut hadir adalah penyelaras-penyelaras AMAR KPMIM. Kursus yang berlangsung selama sehari ini dijalankan melalui dalam talian menggunakan aplikasi Zoom memandangkan pelajar-pelajar kolej masih belum boleh menghadiri kuliah dan program secara bersemuka.
Objektif program diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada ahli jawatankuasa AMAR yang baru mengenai tanggungjawab dan peranan mereka sebagai AMAR. Di samping itu, program ini diadakan bagi melantik ajk tertinggi AMAR KPMIM.
Salah satu pengisian program ini adalah sesi dialog bersama pihak Cawangan Pendidikan Masyarakat, yang mana taklimat berkenaan AMAR telah disampaikan oleh Ps Maizatul Idzwie binti Mat Ali, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat Negeri. Taklimat bertajuk “Integriti dan Rasuah” telah diberikan terlebih dahulu kepada peserta sebagai satu langkah agar mereka memahami apakah fungsi-fungsi SPRM dalam menjalankan tanggungjawab membanteras rasuah. Perkongsian mengenai jenis-jenis kesalahan rasuah, kesan rasuah kepada individu dan organisasi serta contoh-contoh kes yang berjaya ke peringkat mahkamah turut dinyatakan dalam taklimat ini.
Program diteruskan dengan taklimat berkenaan AMAR. Peserta diterangkan mengenai tanggungjawab dan peranan sebagai ahli AMAR termasuk visi, misi dan objektif AMAR ditubuhkan. Antara yang dinyatakan dalam taklimat ini adalah mengenai organisasi AMAR, format pelaksanaan program AMAR, pengenalan berkenaan AMAR Zon Negeri Pahang dan turut dikongsi ialah aktiviti dan program AMAR yang pernah diadakan di peringkat Negeri Pahang.
Program berakhir dengan sesi soal jawab dan juga pop quiz. Peserta telah diberikan beberapa soalan untuk menguji minda dan pemahaman sepanjang taklimat diadakan. Harapan kedua-dua pihak, agar hubungan strategik ini berkekalan dan penubuhan AMAR ini dapat mencapai hasrat untuk mendidik bakal-bakal pemimpin pada masa akan datang. Ini kerana merekalah yang akan mentadbir negara supaya bebas daripada rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.
Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Negeri Pahang
Pasir Mas, 23 Mac 2021 – Hari ini telah berlangsung satu program SPRM Kelantan mendekati mahasiswa dan mahasiswi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, Kelantan. Mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat merupakan ahli baru bagi Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR). Program ini adalah hasil kerjasama dua pihak antara AMAR KKTM bersama SPRM Kelantan.
Program ini dimulakan dengan taklimat berkaitan SPRM dan Kesalahan Rasuah Di Bawah Akta SPRM 2009 oleh PsK Hamisah binti Salleh dan sesi ini lebih hangat apabila sesi kuiz.
Program ini diteruskan dengan tayangan video khas pelajar yang berkaitan SPRM. Majlis disusuli dengan ucapan perasmian oleh KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan.
Program ini dimeriahkan lagi dengan bacaan ikrar AMAR yang diketuai oleh Putera Afiq bin Mohd Izuhan, Presiden AMAR KKTM serta penyerahan Watikah Sijil Perlantikan AMAR kepada ahli yang baru. Seramai 30 mahasiswa baru telah mendaftar kali ini menjadi ahli AMAR KKTM Pasir Mas.
Sebelum majlis perasmian Pengarah SPRM kelantan telah diberikan penghormatan menjadi vip pertama menanam pokok herba di Taman Herba KKTM Pasir Mas.
Turut hadir sama dari pihak KKTM Pasir Mas ialah Pengarah KKTM Dr. Mahazani bin Ali, Pegawai MARA Pasir Mas En. Zainuddin bin Yakub, pegawai-pegawai kanan.
Hadir sama dari pihak SPRM Kelantan KPKPs Nor Hasni Maria binti Ab Rahim, PPs Che Roslina Binti Che Soh, PPs Mohd Ridhwan bin Hussin, PPs Sri Haryani Binti Mohamed dan En. Muhammad Fahmi Firdaus bin Azman dari Unit Pencegahan.
Disediakan oleh:
*Unit Penmas
SPRM Kelantan*
“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”
19 Jun 2021 – Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program AMAR Interclub Discussion menggunakan platform Webex.
Program ini bersiaran langsung di facebook AMAR UUM selama 4 jam bermula pada pukul 9.00 pagi – 1.00 petang dan telah disaksikan 1oo orang penonton. Program ini telah dirasmikan oleh PKPj Alexander S.Kunghi Ketua Seksyen Pendidikan Bahagian Pendidikan Masyarakat Malaysia dan telah dijalankan dalam 2 sesi.
Sesi pertama panel yang terlibat adalah saudari Farah Nurliyana bt Mohamad Maidin dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan saudari Nayla Hanis bt Hassan dari Malaysian Spanish Institut (UniKL MSI). Manakala sesi ke 2 panel yang terlibat adalah Saudari Diana Annasuhah bt Azlan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Saudara Muhammad Fiqri bin Johari dari Universiti Melaka (UniMel), Saudara Muhammad Faqihhin bin Abdul Razak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan saudara Muhammad Fakhrul Hussin bin Tajul Ariffin dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI)
Antara perkara dibincangkan adalah perkongsian aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh AMAR sepanjang tahun 2020 dan sehingga kini serta cabaran AMAR untuk melaksanakan program di zaman pandemik serta inisiatif lain yang diambil untuk mengatasi masalah. Program di akhiri dengan sesi fotografi antara peserta.
KOTA BHARU, 18 Julai 2021 - Pada petang ini telah berlangsung Bual Bicara Cakna AMAR Cosmopoint Kolej Kota Bharu (CCKB) bersama Pengarah SPRM Kelantan, KPKPj Rosli bin Husain yang dijalankan secara maya menggunakan platform google MEET.
Program hari ini telah dimulakan dengan tayangan aktiviti AMAR CCKB sepanjang sesi 2020 dan 2021 serta sesi suaikenal wakil SPRM dan AMAR CCKB.
Sebelum Bual Bicara Cakna bermula, Pengurus Cawangan Cosmopoint, Pn. Aida binti Mustapha dan Penasihat AMAR, En. William Chee Khai Wei telah memberikan kata aluan dan ucapan tahniah serta penghargaan kepada SPRM Kelantan dan AMAR Cosmopint kerana sama-sama menjayakan program hari ini.
Semasa sesi Bual Bicara Cakna berlangsung pelbagai soalan isu-isu semasa berkaitan AMAR dan SPRM di samping itu juga tidak ketinggalan soalan-soalan mengenai isu rasuah serta salah guna telah ditanya dan dijawab dengan jelas. Diantara panel yang terlibat adalah KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Kelantan, Pn. Aida binti Mustapha, Pengurus CCKB dan En. Muhammad Hazman bin Mat Nudin, Timbalan Presiden AMAR CCKB.
Seramai 101 orang ahli AMAR Cosmopoint Kolej Kota Bharu bersama tenaga pengajar telah menghadiri program ini. Program diakhiri dengan soalan kuiz dan sesi fotografi.
Pegawai SPRM Kelantan yang turut sama adalah :
1.PsK Hamisah binti Salleh
2.KPkPs Nor Hasni Maria binti Ab Rahim
3.PPs Che Roslina binti Che Soh
17 Jun 2021 – Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan program Webinar Integriti Dalam Kampus : Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah menggunakan platform Streamyard.
Webinar ini bersiaran langsung di facebook AMAR UKM dan Instagram amarukmofficial selama 1 jam setengah bermula pada pukul 9.00- 10.30 malam dan telah disaksikan 255 orang penonton. Moderator pada sesi webinar ini ialah saudari Nadia Fuzai manakala panel yang terlibat adalah KPKPj Mohamad Tarmize bin Abd Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakt dan Tan Ray Ming, Naib Yang Dipertua, Kesatuan Mahasiswa UKM.
Antara isu-isu yang dibincangkan adalah peranan SPRM dalam pencegahan rasuah di Malaysia, peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam usaha pencegahan rasuah di kampus dan kesalahan-kesalahan rasuah selain cadangan dari KPKPj Mohamad Tarmize bin Abd Manaf untuk mewujudkan biro integriti di bawah MPP bagi memfokuskan integriti, tadbir urus dan rasuah. Program di akhiri dengan sesi fotografi antara peserta.
Kuching,15 Jun 2021 - Pada pagi ini telah diadakan Dialog Santai Pengarah SPRM Sarawak bersama Pengurusan & Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) i-CATS University College yang dijalankan secara maya platform Zoom Online.
Dialog yang julung-julung kali diadakan ini membawa tajuk diskusi "Mahasiswa Cakna atau Tidak?".
Program hari ini telah dimulakan dengan ceramah bertajuk "Integriti dan Kesalahan Rasuah Akta SPRM 2009" yang telah disampaikan oleh PPs Azman bin Ngaridi dari Cawangan PenMas SPRM Sarawak dan ikuti dengan dialog di mana Pengarah SPRM Sarawak merupakan panel.
Program ini telah disambut baik oleh Pengurusan i-CATS UC bersama tenaga pengajar dan kakitangan serta Mahasiswa mahasiwi termasuk AMAR i-CATS UC yang melibatkan seramai 95 orang. Para peserta telah giat mengambil bahagian dan melontarkan pelbagai soalan semasa dialog.
Kehadiran i-CATS UC :
1. Encik Mohd Isham bin Fauzi
Naib Canselor
i-CATS UC
2. Puan Rosmawati binti Priman
Timbalan Naib Canselor
i-CATS UC
3. Ts. Dr. Leo Sing Kim
Timbalan Naib Canselor
i-CATS UC
4. Puan Arissa Vivianty Abdul Rahim
Registrar
i-CATS UC
Kehadiran SPRM Sarawak:
1. PPj Katherine Nais
Ketua Cawangan
PenMas SPRM Sarawak
2. Pegawai-pegawai Cawangan PenMas SPRM Sarawak.
JOHOR BAHRU, 11 Apr – Sebelas AMAR Johor telah berkumpul di Program Gotong Royong Memasak Dan Mengedar Bubur Lambuk Kepada Frontliner Sempena Menyambut Ramadhan 1442H yang bakal menjelang bertempat di perkarangan pejabat SPRM Johor pagi tadi.
Persatuan NGO’s yang turut menyertai program ini adalah Pertubuhan Masyarakat Prihatin Bumi Malaysia (PRIBUMI) dan sebelas AMAR di Johor antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim (IPGKTI), Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn (IPGKTHO), Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Seri Gading, Kolej Poly Tech MARA Batu Pahat, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, UniKL MITEC dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
Ini merupakan inisiatif SPRM Johor dalam menghargai jasa petugas barisan hadapan selain menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Program yang julung kalinya diadakan ini telah berjaya menghimpunkan kesemua AMAR di Johor untuk bersama-sama SPRM dalam melaksanakan program pengedaran bubur lambuk kepada frontliner ini dikala pandemik Covid19 masih lagi belum berakhir.
Sebanyak 800 bekas bubur lambuk telah diedarkan dan diagihkan kepada frontliner yang bertugas di daerah ini. Ia membabitkan kakitangan di Hospital Permai, Hospital Sultanah Aminah, Klinik Kesihatan Kempas, Klinik Kesihatan Mahmoodiah, balai-balai polis, balai-balai bomba, Bahagian Penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru, Bahagian Penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Putri, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta polis bantuan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas dalam sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Disamping itu juga, SPRM Johor turut mengambil kesempatan untuk menyantuni bekas pegawai dan kakitangan serta pesara-pesara seramai 20 orang yang pernah berkhidmat di SPRM Johor dengan mengedarkan bubur lambuk kepada mereka sebagai tanda ingatan.
Terdahulu, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bersama-sama Y.Bhg. Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah SPRM Johor telah melepaskan Kenderaan Konvoi Pengagihan Bubur Lambuk yang dinaiki oleh Ahli-ahli AMAR, wakil PRIBUMI dan Pegawai SPRM Johor dengan disaksikan oleh Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Negeri Johor.
-ends-
GEORGETOWN, 7 Ogos 2021 - Pada pagi ini telah berlangsung Bual Bicara AMAR Institut Perguruan Guru Campus Pulau Pinang (IPGPP) Bersama SPRM Pulau Pinang yang dijalankan secara maya menggunakan platform ZOOM.
Program hari ini telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Encik Jasheer bin Abdullah, Penyelaras AMAR IPGPP dan diteruskan dengan taklimat ringkas bertajuk "Pengenalan AMAR" yang telah disampaikan oleh PPs Mazlan bin Haja Maideen dari unit PenMas SPRM Pulau Pinang.
Semasa sesi Bual Bicara berlangsung pelbagai soalan isu-isu semasa berkaitan AMAR dan SPRM di samping itu juga tidak ketinggalan soalan-soalan mengenai isu rasuah serta salah guna telah ditanya dan dijawab dengan jelas.
Seramai 61 orang ahli AMAR Institut Perguruan Guru Campus Pulau Pinang bersama tenaga pengajar telah menghadiri program ini. Program diakhiri dengan soalan kuiz dan sesi fotografi secara maya.
Disediakan oleh,
Unit PenMas
SPRM Pulau Pinang
FORUM INTEGRITI DALAM PENGURUSAN SUMBER HUTAN SEMPENA KEM PERHUTANAN2021 ANJURAN FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSAIDENGAN KERJASAMA SPRM
6 September 2021 – Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Cawangan Universiti, Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Forum bertajuk Integriti Dalam Pengurusan Sumber Hutan bersempena dengan penganjuran Kem Perhutanan 2021.
Program ini diadakan secara dalam aplikasi Zoom dan bersiaran langsung di facebook Forestry Camp selama 2 jam bermual pada pukul 3.30 petang sehingga 5.30 petang dan telah disaksikan oleh 165 orang penonton. Panel yang terlibat adalah PKPj Mohd Nur Lokman Samingan Ketua Seksyen Pendidikan PenMas SPRM, En Mohd Rahim Rani, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dan Teknikal Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan moderator program Cik Illiana Nadhirah Nasharuddin
Antara yang dibincangkan adalah berkenaan integriti dalam penguruan organisasi, mekanisme dan cabaran pengurusan integriti di peringkat nasional dan pencapaian semasa, sasaran dan hala tuju pengurusan integriti di Malaysia. Program di akhiri dengan sesi fotografi antara peserta.
Disediakan oleh
Cawangan Universiti
5 Mei 2021 – Cawangan Universiti, Bahagian Pendidikan Masyarakat telah berjaya menganjurkan program Wacana Bersama UNDI 18 dan Mahasiswa secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
Program ini telah dihadiri oleh PKPj Alexander S. Kunghi Ketua Seksyen Pendidikan, PPj Suryani bt Ali Ketua Cawangan Universiti, Pn Qyira bt Yusoff Education Director UNDI 18, pegawai-pegawai Cawangan Universiti, pegawai dari UNDI 18 dan 50 orang pelajar Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Program telah dimulai dengan ucapan aluan daripada PKPj Alexander S. Kunghi, diikuti dengan penerangan berkenaan UNDI 18 oleh Pn Qyira bt Yusoff. Seterusnya perkongsian pengalaman oleh PPj Suryani bt Ali, UNDI 18 dan ahli-ahli AMAR.
Program ini menjadi platform kepada UNDI 18 berkongsi pengalaman di samping bertukar-tukar pandangan dengan AMAR dalam menganjurkan program di mana sasarannya adalah golongan belia dan pelajar. Turut dibincangkan adalah cabaran yang dihadapi terutaman penganjuran program di zaman pandemik dan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Diharap kerjasama yang terjalin antara SPRM, AMAR dan UNDI 18 dapat diteruskan pada masa akan datang melalui program-program pencegahan rasuah. Program diakhiri dengan sesi fotografi secara maya.
KUANTAN, 02 Ogos 2021 – Usaha dan kerjasama Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Zon Pahang, SPRM Negeri Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang dan FIKRAH Pahang telah menjayakan satu program motivasi kepada seluruh ahli AMAR Zon Pahang. Program ini dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting dan disiarkan secara langsung di akaun rasmi Facebook SPRM Negeri Pahang. Objektif ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan ahli AMAR Zon Pahang dan SPRM Negeri Pahang disamping dapat meningkatkan semangat antirasuah untuk bersama-sama dengan SPRM dalam usaha menangani rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.
Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh PKPj Samsul bin Salip, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM yang diundang khas dari SPRM Ibu Pejabat sebagai moderator program. Seterusnya ucapan pembukaan disampaikan oleh KPKPj Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang. Beliau menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli AMAR kerana telah menunjukkan semangat dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.
Setelah itu program diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie bin Sheikh Mustapha, Angkasawan Negara. Beliau telah berkongsi pengalaman dan pendapat untuk menjadi seorang individu yang berjaya dalam hidup mahupun dalam bidang pekerjaan. Antara yang disampaikan oleh beliau ialah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang mahasiswa iaitu sentiasa berfikiran positif, bersemangat, berkeyakinan serta berani dalam mendepani cabaran. Beliau juga mengajak mahasiswa untuk terus bercita-cita tinggi dan berusaha untuk mencapai impian kerana tidak ada individu lain yang boleh menjayakan impian kita melainkan diri sendiri.
Program ini disertai oleh 140 orang ahli dan penyelaras-penyelaras AMAR daripada IPTA dan IPTS di Negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPG Lipis), Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTM), Kolej Poly-Tech MARA Kuantan (KPTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad dan Kolej Universiti Widad, Kampus Kuantan.
Program ini juga turut disiarkan secara langsung melalui laman akaun facebook rasmi SPRM Negeri Pahang yang telah berjaya menerima capaian sebanyak 1,700 tontotan.
Keterlibatan semua pihak dalam program ini amat membanggakan dan diharap agar usaha pencegahan rasuah ini akan terus dilaksanakan untuk masa akan datang. Diharap segala ilmu yang disampaikan oleh penceramah dapat memberikan kesedaran kepada semua ahli AMAR yang terlibat, kerana merekalah yang bakal memimpin negara dan merekalah yang akan mencorak masa depan pentadbiran negara ke arah yang lebih berintegriti dan dalam menjauhi budaya rasuah.
Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Negeri Pahang
”RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”
”pahang1st”