Urus Tadbir Sektor Awam

PEMANTAPAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

Pendekatan pemantapan governans, integriti dan antirasuah diwujudkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berteraskan integriti dan tadbir urus baik. Bagi mencapai matlamat ini, misi yang ditetapkan adalah meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan kerajaan yang memberi fokus kepada tiga bidang utama iaitu pengukuhan governans, pemantapan integriti dan antirasuah.

Sehubungan itu, Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan digubal dan dikuatkuasakan bermula 5 Oktober 2018. Dua jawatankuasa penggerak ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dan Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR).

SPRM melalui Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) dan kemudiannya diambil alih oleh Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam (BUTSA) merupakan urus setia kepada JAR Peringkat Kebangsaan dan Urus Setia Bersama JKKMAR bersama Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

Hit : 4311
 
Perkhidmatan Urus Tadbir Sektor Awam