Kenyataan Media

Tiada Campurtangan Dalam Siasatan Jana Wibawa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan terhadap beberapa individu berhubung program Jana Wibawa merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperolehi sendiri oleh Suruhanjaya ini.

Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.

Proses siasatan tersebut adalah bebas daripada sebarang campurtangan mana-mana pihak.

Justeru itu, tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM tersebut atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejas imej Suruhanjaya ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

10 MAC 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |