Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa telah selesai melakukan siasatan kes melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti-bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan.
Sehubungan itu, kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei 2022 lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
21 MEI 2022