Kenyataan Media

SPRM Tahan Eksekutif Muda, Bukan CEO

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan sembilan individu sejak 8 April (Jumaat) lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan isu rasuah berhubung projek di Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB).

Siasatan ini merupakan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Petronas bagi membantu memperkukuhkan integriti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya ini ingin menjelaskan bahawa seorang daripada sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan tersebut merupakan eksekutif muda (junior level executives) di PCSB dan bukannya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) seperti dakwaan segelintir pihak.

Manakala lapan lagi individu yang turut ditahan merupakan pemilik dan pegawai kanan syarikat-syarikat kontraktor serta vendor yang menjalankan projek berkaitan isu rasuah tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

11 APRIL 2022


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |