Kenyataan Media

SPRM Lancar Bilik Gerakan PRN Johor

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan empat bilik gerakan di seluruh negeri Johor bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut.


Kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 malam sepanjang tempoh PRN Johor dan boleh dihubungi menerusi alamat dan talian seperti berikut:


Pejabat SPRM Johor

Kompleks Pejabat SPRM Johor,
Jalan Persiaran Tanjung,
Peti Surat 6000,
81200 Tampoi, Johor.
07-2316080


Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat

JKR 84, Jalan Ampuan
 Peti Surat 6000
 83500 Batu Pahat, Johor

07-4321982 


Pejabat SPRM Cawangan Kluang

Tingkat 3, Bangunan Persekutuan Kluang
KM 4, Jalan Batu Pahat
Peti Surat 6000, 86000 Kluang, Johor

07-7714610


Pejabat SPRM Cawangan Segamat

No. 325, Jalan Buluh Kasap

Peti Surat 6000, 85720 Segamat, Johor

07-9317982 


Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-8414384 atau menerusi emel aduan.prnjohor@sprm.gov.my.


Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA


26 FEBRUARI 2022


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |