SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa seorang pegawai suruhanjaya ini telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini.
Sehubungan itu, SPRM telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada agensi penguat kuasa itu lewat petang semalam.
SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah. Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika terlibat.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
12 DISEMBER 2021