Kenyataan Media

SPRM Kerjasama Dengan Bank Negara Serta Agensi Siasatan Lain Bagi Menyiasat Pendedahan Pandora Papers

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dengan mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Sehubungan itu, SPRM juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama dengan Suruhanjaya ini sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

16 OKTOBER 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |