Kenyataan Media

SPRM Kesan Tiga Bekas Anggota Polis Bantu Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kini sedang mengesan tiga bekas anggota polis bagi membantu siasatan kes SPRM.

Individu pertama, Azhar Adon, 61, mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lorong Tan Sri Abdul Rahman Hashim 8, Taman Desa Baiduri Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Sementara itu, individu kedua, Rosli Bali, 59, mempunyai alamat terakhir di No. 43, Jalan Wawasan 1/3, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor.

Individu ketiga pula, Yusof Ali, 65, mempunyai alamat terakhir di No. 9, Lot 924, Kampung Kuala Pajam, 43700, Beranang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Salimatun Farhanim Hishamuddin di talian 03-8891 1666 atau 013-286 0986.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

5 MEI 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |