SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya suruhanjaya ini telah dijadikan sebagai 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakannya.
Ditegaskan bahawa SPRM merupakan sebuah agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik.
Tohmahan tersebut dianggap sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab kerana perkara itu boleh menjejaskan imej SPRM sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap SPRM.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
6 MAC 2021