Kenyataan Media

SPRM Kesan Sepasang Suami Isteri Bantu Siasatan Kes Rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kini sedang mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan satu kes rasuah.

Lelaki yang sedang dikesan ialah Tan Tong Yaip, 34, pemegang kad pengenalan 870710-43-5439 dan mempunyai dua alamat terakhir di B23-6, Verve Suites KL South, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur dan No. 67, Jalan Intan 4, Taman Yayasan Kuala Langat, 42600 Jenjarom, Selangor.

Sementara itu, turut dikesan ialah isterinya, Hii Ching Nii, 31, pemegang kad pengenalan 900121-13-6638 dan mempunyai dua alamat terakhir di B23-6, Verve Suites KL South, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur dan No.13-E, Lorong 5, Jalan Gambir, 96000 Sibu, Sarawak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Saiful Nizam Mat Yasin di talian 017-338 0736 / 03-9206 5000 atau emel ke alamat saifulnizam.yasin@sprm.gov.my. 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

2 MAC 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |