Berita Terkini

SPRM SEBAR MESEJ RASUAH KEPADA WARGA JPPH KUALA LUMPUR

PUTRAJAYA, 15 Mac  – SPRM telah berkongsi mengenai isu rasuah sempena lawatan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kuala Lumpur ke Ibu Pejabat SPRM.

Penolong Penilai Daerah, Puan Wan Nur Izati Wan Muhamad Fokri mengetuai 30 pegawai JPPH menzahirkan penghargaan atas perkongsian pihak SPRM dan berharap tidak berlaku salah laku integriti dan kes rasuah dalam kalangan mereka.

Perkongsian mengenai rasuah telah diberikan oleh PsK Sivarasan A/L Baby Kalidawson. Terdahulu, peserta telah dibawa ke sekitar fasiliti bangunan Ibu Pejabat SPRM termasuk Konti Radio MACC.fm.


Hit : 1540