Berita Terkini

Bahagian Kawal Selia Felda Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

PUTRAJAYA, 31 Januari - Bahagian Kawal Selia Felda (BKSF) menyatakan komitmen memerangi rasuah dengan mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Kompleks Setia Perdana 1 di sini hari ini.

IBR adalah komitmen awal BKSF sejak diwujudkan pada tahun 2021 melibatkan 100 warganya yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian BKSF,. Dato' Azlan Johar dengan disaksikan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, Datuk Razim Mohd Noor.

Dato' Azlan dalam ucapannya turut menyatakan hasrat pelaksanaan IBR ini bagi memastikan pegawai dan kakitangannya bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa serta mampu menjadi organisasi yang cemerlang dan bersih selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Malaysia Ke 10 iaitu Membangun Negara Madani.

Terdahulu, TPj Datuk Razim bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dalam ucapannya  memberi peringatan kepada warga BKSF agar sentiasa memastikan sistem dan prosedur dipatuhi bagi mengelakkan wujudnya persepsi negatif dari masyarakat . 


Hit : 2206