Berita Terkini

Program WAR dan Sesi Perkongsian Mesej Antirasuah bersama Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Wellesley

LUNAS, 11 September – SPRM Kedah bersama Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah mengadakan Program Wira Anti Rasuah (WAR) bersama dengan guru-guru dan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Wellesley, Lunas bertempat di Dewan Terbuka sekolah tersebut.

Sesi ceramah anti rasuah disampaikan oleh Ps Darshini a/p Gunasselan kepada 70 orang guru dan ibu bapa SJKT Wellesley.

Program dimulai dengan ucapan aluan dari Puan Selvi a/p Pachiappen, Guru Besar SJKT Ladang Wellesley dan Encik Kaliyappan a/l Mayakrishnan, Pengerusi SJKT Ladang Wellesley seterusnya ucapan perasmian penutup program oleh Dato’ Shaharom Nizam bin Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah.

Turut diadakan adalah sesi penyampaian lukisan poster yang bertemakan “RASUAH DIHINA,MARUAH DIBINA” daripada 20 orang murid kepada Dato’ Shaharom Nizam bin Abd Manap dengan diiringi PKPj Wong Chiew Hoong, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah.


Hit : 4185