Berita Menarik

Projek RM1.7 juta, SPRM tahan pegawai kanan anak syarikat Selangor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah pembangunan perniagaan di sebuah anak syarikat kerajaan negeri ini kerana dipercayai melantik syarikat milik saudaranya bagi mendapatkan projek perisian bernilai kira-kira RM 1.7 juta.

Suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2.20 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, suspek dipercayai terbabit secara langsung dalam pelantikan sebuah syarikat milik saudaranya yang dibuat secara lantikan terus bagi mengendalikan projek itu pada Mac 2020.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini esok bagi dituduh mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – BERNAMA


Hit : 2150